Log in
Log Masuk
Log Masuk Staf
Increase size
Reset to Default
Decrease size
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
  • UTAMA
  • MENGENAI KAMI
    • Perutusan Pengarah
    • Pengurusan Tertinggi
    • Latar Belakang
    • Polisi Keselamatan Siber
    • Perkhidmatan
    • Carta Organisasi
    • Logo Rasmi
    • Alumni
    • Pengiktirafan dan Pensijilan
  • KUALITI
    • Visi dan Misi
    • Dasar dan Objektif Kualiti
    • Piagam Pelanggan
    • Penguatkuasaan Dasar Dan Prinsip Bagi Program Pengajian JPPKK
  • JABATAN & UNIT
    • Pengurusan Akademik
    • Pengurusan Sokongan Akademik
    • Direktori Staf
    • Soalan Lazim
  • AKADEMIK
    • Program Pengajian
    • Sistem Pengajian
    • Outcome Based Education
    • Agensi Kelayakan Malaysia
    • Lembaga Jurutera Malaysia (BEM)
    • Akreditasi
  • PENYELIDIKAN
    • Kepakaran
    • Penyelidikan Dan Inovasi
      • Jurnal: Volume 01, Number 01
      • Pembentangan Kertas Kerja Pensyarah
      • Pembentangan Kertas Kerja Cie-Tvet 2015
    • Prosiding Kolokium PTSB 2014
    • Koleksi Kertas Penyelidikan
  • SUMBER
    • Penerbitan
      • Pekeliling/Arahan dan Garis Panduan
      • Buku & Majalah
      • Laporan Tahunan
      • Buletin
      • Brosur
      • Pelan Strategik PTSB
      • Buku Panduan Pelajar
    • Galeri
      • Borang-Borang
      • Gambar
      • Keratan Akhbar
      • Kemudahan
    • Portal
      • Pengumuman
      • Berita
      • Jawatan Kosong
      • Takwim
    • Manual/Panduan Pengguna
  • UTAMA
  • MENGENAI KAMI
    • Perutusan Pengarah
    • Pengurusan Tertinggi
    • Latar Belakang
    • Polisi Keselamatan Siber
    • Perkhidmatan
    • Carta Organisasi
    • Logo Rasmi
    • Alumni
    • Pengiktirafan dan Pensijilan
  • KUALITI
    • Visi dan Misi
    • Dasar dan Objektif Kualiti
    • Piagam Pelanggan
    • Penguatkuasaan Dasar Dan Prinsip Bagi Program Pengajian JPPKK
  • JABATAN & UNIT
    • Pengurusan Akademik
    • Pengurusan Sokongan Akademik
    • Direktori Staf
    • Soalan Lazim
  • AKADEMIK
    • Program Pengajian
    • Sistem Pengajian
    • Outcome Based Education
    • Agensi Kelayakan Malaysia
    • Lembaga Jurutera Malaysia (BEM)
    • Akreditasi
  • PENYELIDIKAN
    • Kepakaran
    • Penyelidikan Dan Inovasi
      • Jurnal: Volume 01, Number 01
      • Pembentangan Kertas Kerja Pensyarah
      • Pembentangan Kertas Kerja Cie-Tvet 2015
    • Prosiding Kolokium PTSB 2014
    • Koleksi Kertas Penyelidikan
  • SUMBER
    • Penerbitan
      • Pekeliling/Arahan dan Garis Panduan
      • Buku & Majalah
      • Laporan Tahunan
      • Buletin
      • Brosur
      • Pelan Strategik PTSB
      • Buku Panduan Pelajar
    • Galeri
      • Borang-Borang
      • Gambar
      • Keratan Akhbar
      • Kemudahan
    • Portal
      • Pengumuman
      • Berita
      • Jawatan Kosong
      • Takwim
    • Manual/Panduan Pengguna

  • Pengenalan
  • Carta Organisasi
  • Program Ditawarkan
  • Pencapaian
  • Pengenalan
  • Carta Organisasi
  • Program Ditawarkan
  • Pencapaian

Pengenalan

 

Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) merupakan salah satu jabatan akademik utama di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), berperanan dalam melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang kejuruteraan awam dan geomatik. Ditubuhkan pada sesi Jun 2003, JKA memulakan pengajian dengan pengambilan sulung seramai 122 pelajar, merangkumi 44 pelajar diploma dan 78 pelajar sijil.

Jabatan ini diterajui oleh seorang Ketua Jabatan, dengan sokongan dua Ketua Program, yang bertanggungjawab dalam pengendalian dua program akademik teras, iaitu Diploma Kejuruteraan Awam dan Diploma Geomatik. Dengan kurikulum yang komprehensif serta tenaga pengajar yang berpengalaman, JKA komited dalam menyediakan pendidikan berkualiti tinggi bagi melahirkan graduan yang kompeten dan memenuhi keperluan industri pembinaan dan pemetaan di peringkat nasional serta antarabangsa.

Objektif :

  • Melahirkan pelajar separa profesional yang bertanggungjawab dan berketerampilan bagi memenuhi keperluan sektor awam dan sektor swasta
  • Mengarap kecekapan pelajar dengan memberi pengetahuan teori dan amali supaya mampu menangani pelbagai cabaran saintifik, berteknologi tinggi dan terkini
  • Melahirkan pelajar yang mampu bersaing dengan peredaran masa dan perkembangan teknologi maklumat
  • Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang kejuruteraan bagi memajukan negara
  • Menerapkan nilai-nilai murni bagi membentuk masyarakat yang berilmu, beragama dan berdisiplin

Carta Organisasi

Program Ditawarkan

DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM (DKA)

 

Diploma dalam Kejuruteraan Awam menyediakan pengetahuan, kemahiran, dan sikap untuk menyesuaikan diri dengan teknologi baharu dalam bidang Kejuruteraan Awam serta keupayaan untuk menunjukkan profesionalisme dan etika kerja dalam memenuhi tanggungjawab terhadap pencipta, pelanggan, dan masyarakat. Program ini merangkumi pembelajaran teori serta pelaksanaan kerja-kerja praktikal.

Program ini turut menawarkan kursus dalam bidang Kejuruteraan Awam seperti Grafik Kejuruteraan, Kejuruteraan Air & Sumber Air, Alam Sekitar, Kekuatan & Rekabentuk Struktur, Jalan Raya & Pengangkutan, Pengurusan Kejuruteraan serta Geoteknik. Program ini direka khas dengan latihan praktikal yang menyeluruh selain pembelajaran teori dalam bidang kejuruteraan awam.

Para pelajar juga dikehendaki menjalani latihan industri bagi menyediakan mereka untuk bekerja dalam pelbagai sektor industri, kerana kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh digunakan secara meluas dalam industri moden. Mereka akan berupaya menggunakan kemahiran komunikasi dan interpersonal yang sesuai bagi melaksanakan tugas dalam pelbagai situasi.

Graduan akan menunjukkan ciri-ciri tingkah laku yang diingini seperti integriti, kerja berpasukan, penyelesaian masalah, serta semangat dalam melaksanakan tugas berkaitan bidang kepakaran mereka. Graduan kejuruteraan awam juga akan memiliki kemahiran keusahawanan untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi bagi pembangunan negara dalam industri pembinaan. Melaui kemahiran tambahan ini, graduan akan menjadi lebih berdaya saing dalam pasaran pekerjaan masa kini.

Prospek Kerjaya

Peluang pekerjaan pelajar selepas menamatkan pengajian dengan Diploma Kejuruteraan Awam adalah seperti berikut:

  • Penolong Jurutera
  • Pembantu Teknik
  • Penyelia Tapak
  • Penyelaras Bahan Binaan
  • Kerani Kerja Tapak
  • Pegawai Kesihatan dan Keselamatan
  • Pembantu Penyelidik
  • Pembekal Bahan Binaan
  • Kontraktor Pembinaan
No. MQA MQA/FA13201
Syarat Kemasukan Lepasan SPM
 
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Matematik
    2. SATU (1) mata pelajaran Sains/Teknikal/Vokasional
    3. SATU (1) dalam mana-mana mata pelajaran
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
  Lepasan Selain SPM
 
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan;


       ATAU

  1. Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiental Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.
  2. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.

 

DIPLOMA GEOMATIK (DGU)

 

Program pengajian Diploma Geomatik direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teoritikal, kemahiran teknikal dan tingkah laku yang diperlukan dalam bidang ukur tanah ataupun geomatik. Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran program pengajian ini dijalankan di kampus dan di tapak / lapangan ukur yang meliputi skop kerja di dalam industri geomatik dan geospatial yang merangkumi aspek teknik pengukuran dan kedudukan, cerapan data geospatial, pemprosesan dan analisis data pengukuran serta pemetaan yang dipelajari di dalam Ukur Kadaster, Pengiraan Ukur, Ukur Kejuruteraan, Ukur Hidrografi, Pemetaan Utiliti, Geodesi, Astronomi, Pelarasan Ukur, CADD, Sistem Maklumat Geografi (GIS), Fotogrametri, Remote Sensing, Kartografi, Undang-undang Tanah, Pengurusandan Pembangunan Tanah.Kemahiran insaniah, kemahiran berkomunikasi dan kerja berpasukan juga diterapkan kepada pelajar supaya mereka dapat berkomunikasi, berinteraksi dan bekerja secara berpasukan dengan penuh bertanggungjawab dan berkesan.Segala pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar amat berguna untuk membina kerjaya ataupun melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam bidang geomatik dan geospatial.

Prospek Kerjaya

 

Peluang pekerjaan pelajar selepas menamatkan pengajian dengan Diploma Geomatik adalah seperti berikut:
 
  • Penolong JuruUkur
  • Penolong Pegawai Tanah
  • Juruteknik (KerjaUkur)
  • Juruteknik (PelukisPelan)
  • Penolong Pegawai Sistem Maklumat (GIS)
  • Penolong Pegawai Sistem Maklumat (Remote Sensing)
No. MQA MQA/FA3303
Syarat Kemasukan Lepasan SPM
 
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Matematik
    2. SATU (1) mata pelajaran Sains/Teknikal/Vokasional
    3. SATU (1) dalam mana-mana mata pelajaran
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
  Lepasan Selain SPM
 
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan;


       ATAU

  1. Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiental Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.
  2. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.

 

Pencapaian

 

 
     
 
Pingat perak bagi kategori Peta Kreatif dalam Pertandingan National Geomatics/ Geoinformatics Students Innovation Competition 2024   Pingat perak bagi kategori Peta Kreatif dalam Pertandingan National Geomatics/ Geoinformatics Students Innovation Competition 2024
     
   
Pingat perak bagi kategori System Innovation/Gajet dalam Pertandingan National Geomatics/ Geoinformatics Students Innovation Competition 2024   Penerima Biasiswa Aus4ASEAN Digital Transformation and Future Skills Initiative (Green Skills in TVET)
     
 
Silver Award kategori Sistem / Gajet di NGGSIC
'Inovasi Tide Gauge'
  Bronze Award kategori Sistem / Gajet di NGGSIC
'Energy Monitoring & Analysis Platform (EMAP)'
     
 
Bronze Award kategori Sistem / Gajet di NGGSIC
'Aplikasi Pembangunan Pemetaan Fasiliti Pili Bomba dan Tempat Berkumpul di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah'
  Bronze Award Kategori Creative Map di NGGSIC
'Creative map bronze Lokasi Menara Telekomunikasi di Daerah Kulim'
     
   
Bronze Award Kategori Creative Map di NGGSIC
'Tempat Menarik di Kulim'
   
  • Kulim Hi-Tech Park 09090 Kulim Kedah
  • 014-7555318/014-7555319/04-4033333
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Waktu Pejabat
  •    8.00 Pagi – 5.00 Petang

Pengiktirafan dan Pensijilan

Notis Hak Cipta

Dasar Privasi

Dasar Keselamatan

Penafian

Anda pelawat yang ke 258774

Ke Atas