
| CIRI | MAKSUD |
|---|---|
| Warna Merah | Melambangkan keberanian dan kegagahan |
| Warna Hitam
| Mewakili aspek profesionalisma |
| 4 bucu | Mewakili teras yang terkandung dalam Halatuju Transformasi Politeknik dan juga 4 komponen utama dalam TVET iaitu Technical, Vocational, Education & Training |
| Lengkungan ke atas | Melambangkan peningkatan kemahiran dan tahap kebolehpasaran pelajar serta peranan politeknik sebagai peneraju TVET |
| Tulisan POLITEKNIK
| Dodge Font yang berkonsepkan futuristik melambangkan kesediaan JPP dalam memandu organisasi ke arah kemajuan teknologi global |
| Tulisan MALAYSIA | Font Abeatby Kai bagi memperlihatkan elemen kemodenan |
| Tulisan TUANKU SULTANAH BAHIYAH | Font Cambria Bold jenis Serif digunakan bagi memperlihatkan kesungguhan Politeknik dalam melahirkan graduan berkualiti dan berdaya saing |
LOGO-LOGO TERDAHULU

Politeknik Kulim
2002 – 2006
| Rasional Logo |
|---|
| Menggabungkan abstrak burung yang terbang, anak panah menunjuk ke atas dan berlian yang digenggam di dalam satu tangan. |
| Melambangkan pemerolehan pengetahuan pelajar untuk kemajuan negara kita, Politeknik Kulim menuju ke arah aspirasi negara dan nilai-nilai moral yang ditanamkan di peringkat sarjana untuk kemajuan dan pembangunan negara. |

Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
2007 – 2013
| Rasional Logo | |
|---|---|
| Warna Merah | Mewakili kekuatan dan keberanian. |
| Warna Emas | Melambangkan kecemerlangan dan kekayaan dalam bidang pendidikan. |
| Bentuk Segi Empat Tepat | Melambangkan kekuatan yang menjunjung tinggi prinsip PTSB. |
| Buku | Melambangkan panduan. |
| Obor | Menandakan masa depan yang cerah dan cemerlang. |




