Assalamualaikum Wbt & Salam 1 Malaysia

Selamat datang kepada semua pengunjung portal Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB). Saya amat berbesar hati dan sukacita mengalu-alukan anda semua ke portal PTSB.

Pada masa kini, wadah teknologi maklumat adalah merupakan medan penyampaian informasi terkini yang lebih berkesan dan cepat. Justeru itu, PTSB sentiasa berusaha untuk mengaplikasikan ruang laman ini bagi membina jaringan komunikasi secara lebih meluas dengan pihak luar. Adalah diharapkan laman ini dapat diakses semudah mungkin oleh semua lapisan masyarakat dan segala maklumat penting berkaitan PTSB boleh dicapai dengan tepat dan cepat. Sebarang perkongsian maklumat, pandangan dan kritikan yang membina melalui laman ini adalah amat dihargai demi untuk memantapkan lagi pengurusan maklumat dan perkhidmatan yang disediakan.

PTSB juga mengalu-alukan sebarang bentuk jalinan kerjasama dan berharap agar kita dapat bersama-sama berganding bahu dalam usaha menjayakan Agenda Trasformasi Negara khususnya dalam menerajui Technical Vocational Education And Training (TVET).

Akhir kata, saya percaya setiap warga PTSB sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik supaya kecemerlangan PTSB terus dapat direncanakan dengan lebih sempurna untuk masa hadapan yang lebih gemilang.
Sekian, terima kasih.


Pengarah
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah