Pengenalan
Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) merupakan salah sebuah jabatan akademik utama daripada 4 jabatan yang terdapat di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. JKA memulakan sesi pengajian dengan mengambil kumpulan pelajar sulung pada sesi Jun 2003 seramai 122 orang iaitu 44 pelajar diploma dan 78 pelajar sijil.
Muat Turun Aplikasi Mobile JKA: Android - .apk
Objektif
- Melahirkan pelajar separa profesional yang bertanggungjawab dan berketerampilan bagi memenuhi keperluan sektor awam dan sektor swasta
- Mengarap kecekapan pelajar dengan memberi pengetahuan teori dan amali supaya mampu menangani pelbagai cabaran saintifik, berteknologi tinggi dan terkini
- Melahirkan pelajar yang mampu bersaing dengan peredaran masa dan perkembangan teknologi maklumat
- Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang kejuruteraan bagi memajukan negara
- Menerapkan nilai-nilai murni bagi membentuk masyarakat yang berilmu, beragama dan berdisiplin