Log in
Log Masuk
Log Masuk Staf
Increase size
Reset to Default
Decrease size
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
  • UTAMA
  • MENGENAI KAMI
    • Perutusan Pengarah
    • Pengurusan Tertinggi
    • Latar Belakang
    • Polisi Keselamatan Siber
    • Perkhidmatan
    • Carta Organisasi
    • Logo Rasmi
    • Alumni
    • Pengiktirafan dan Pensijilan
  • KUALITI
    • Visi dan Misi
    • Dasar dan Objektif Kualiti
    • Piagam Pelanggan
    • Penguatkuasaan Dasar Dan Prinsip Bagi Program Pengajian JPPKK
  • JABATAN & UNIT
    • Pengurusan Akademik
    • Pengurusan Sokongan Akademik
    • Direktori Staf
    • Soalan Lazim
  • AKADEMIK
    • Program Pengajian
    • Sistem Pengajian
    • Outcome Based Education
    • Agensi Kelayakan Malaysia
    • Lembaga Jurutera Malaysia (BEM)
    • Akreditasi
  • PENYELIDIKAN
    • Kepakaran
    • Penyelidikan Dan Inovasi
      • Jurnal: Volume 01, Number 01
      • Pembentangan Kertas Kerja Pensyarah
      • Pembentangan Kertas Kerja Cie-Tvet 2015
    • Prosiding Kolokium PTSB 2014
    • Koleksi Kertas Penyelidikan
  • SUMBER
    • Penerbitan
      • Pekeliling/Arahan dan Garis Panduan
      • Buku & Majalah
      • Laporan Tahunan
      • Buletin
      • Brosur
      • Pelan Strategik PTSB
      • Buku Panduan Pelajar
    • Galeri
      • Borang-Borang
      • Gambar
      • Keratan Akhbar
      • Kemudahan
    • Portal
      • Pengumuman
      • Berita
      • Jawatan Kosong
      • Takwim
    • Manual/Panduan Pengguna
  • UTAMA
  • MENGENAI KAMI
    • Perutusan Pengarah
    • Pengurusan Tertinggi
    • Latar Belakang
    • Polisi Keselamatan Siber
    • Perkhidmatan
    • Carta Organisasi
    • Logo Rasmi
    • Alumni
    • Pengiktirafan dan Pensijilan
  • KUALITI
    • Visi dan Misi
    • Dasar dan Objektif Kualiti
    • Piagam Pelanggan
    • Penguatkuasaan Dasar Dan Prinsip Bagi Program Pengajian JPPKK
  • JABATAN & UNIT
    • Pengurusan Akademik
    • Pengurusan Sokongan Akademik
    • Direktori Staf
    • Soalan Lazim
  • AKADEMIK
    • Program Pengajian
    • Sistem Pengajian
    • Outcome Based Education
    • Agensi Kelayakan Malaysia
    • Lembaga Jurutera Malaysia (BEM)
    • Akreditasi
  • PENYELIDIKAN
    • Kepakaran
    • Penyelidikan Dan Inovasi
      • Jurnal: Volume 01, Number 01
      • Pembentangan Kertas Kerja Pensyarah
      • Pembentangan Kertas Kerja Cie-Tvet 2015
    • Prosiding Kolokium PTSB 2014
    • Koleksi Kertas Penyelidikan
  • SUMBER
    • Penerbitan
      • Pekeliling/Arahan dan Garis Panduan
      • Buku & Majalah
      • Laporan Tahunan
      • Buletin
      • Brosur
      • Pelan Strategik PTSB
      • Buku Panduan Pelajar
    • Galeri
      • Borang-Borang
      • Gambar
      • Keratan Akhbar
      • Kemudahan
    • Portal
      • Pengumuman
      • Berita
      • Jawatan Kosong
      • Takwim
    • Manual/Panduan Pengguna

 

  • Pengenalan
  • Carta Organisasi
  • Program Ditawarkan
  • Pencapaian
  • Pengenalan
  • Carta Organisasi
  • Program Ditawarkan
  • Pencapaian

Pengenalan

 

Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) merupakan salah satu daripada jabatan akademik yang terdapat di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Mula beroperasi pada tahun 2003 yang pada asalnya dikenali sebagai Politeknik Kulim, jabatan ini menawarkan kursus-kursus yang berteraskan elektrik dan elektronik di peringkat sijil dan diploma. Seramai 124 orang pelajar dengan 22 kakitangan akademik sebagai pelopor jabatan ini pada sesi pertama 2003.

Kini, JKE terus mengorak langkah dalam menawarkan pendidikan dan perkhidmatan berkualiti yang efisien dan profesional menerusi bidang ilmu yang luas berteraskan elektrik dan elektronik bagi melahirkan graduan yang berpotensi, berketerampilan dan berdaya saing serta berkemahiran tinggi. Bagi mencapai hasil kerja yang membanggakan, JKE mempunyai tenaga pengajar yang profesional, berdedikasi dan berpengalaman serta mempunyai infrustruktur yang mencukupi, terdiri daripada bilik kuliah, dewan kuliah, bengkel dan makmal yang lengkap dan selesa sebagai prasarana untuk memastikan pelajar berupaya mencapai kecemerlangan akademik.

 

Objektif:

  • Memberi pendidikan dalam bidang kejuruteraan elektronik, elektronik komputer dan elektrik mengikut kurikulum yang terancang, seimbang dari aspek teori, praktikal dan rohani
  • Menghasilkan tenaga kerja separa profesional dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik yang mahir serta berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab bagi memenuhi sektor awam dan swasta selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.

 

 

Carta Organisasi

Program Ditawarkan

DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK (DET) 

 

Diploma Kejuruteraan Elektrik direka bentuk untuk meliputi disiplin ilmu kejuruteraan elektrik semasa, dengan pengkhususan tambahan elektronik yang digunakan dalam bidang kejuruteraan elektrik. Asas elektronik yang meliputi bidang kuasa, kawalan, instrumentasi dan komputer memberikan fleksibiliti kepada para graduan, sambil menekankan bidang pengkhususan.
 
Graduan ini dijangka akan berkhidmat dalam bidang kejuruteraan elektrik. Penggunaan peralatan elektrik dan elektronik hari ini memerlukan juruteknik yang mahir dan terlatih yang diperlukan untuk cabaran baharu ini. Diploma Kejuruteraan Elektrik di Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia melengkapkan graduannya dengan kemahiran teknikal yang diiktiraf.

Prospek Kerjaya

Di Sektor Awam, pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kerja Raya dan lain jabatan yang berkaitan dengan pembinaan dan bangunan. Disektor swasta pula jawatan ini terdapat di Tenaga Nasional Bhd, Syarikat Telekom (M) Bhd, di kilang-kilang terutama sekali disektor pembuatan, telekomunikasi, kilang, loji dan lain-lain. Mereka boleh menjadi juruperunding bertauliah dan menjadi usahawan sendiri.
 
Pekerjaan Yang Dikelas Dibidang Ini Diantaranya:
  • Juruteknik Voltan Tinggi
  • Juruteknik Kuasa
  • Juruteknik Penghantaran Kuasa Elektrik
  • Juruteknik Penganggar
Industri Perfileman
  • Pencahayaan
No MQA MQA/FA13260
Syarat Kemasukan Lepasan SPM
 
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Matematik
    2. SATU (1) mata pelajaran Sains/Teknikal/Vokasional
    3. SATU (1) dalam mana-mana mata pelajaran
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran atau lain-lain yang menyukarkan kerja-kerja amali
  Lulusan Selain SPM
   
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan;
    ATAU
  3. Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiental Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.
  4. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.

 

DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK (KOMUNIKASI) (DEP) 

 

 

Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) merangkumi disiplin bidang kejuruteraan elektronik yang luas, dengan pengkhususan dalam teknologi komunikasi. Program ini direka bentuk dengan asas kejuruteraan elektrik dan elektronik yang merangkumi matematik, asas elektrik dan elektronik, asas komputer dan pengaturcaraan, asas sistem komunikasi, peranti semikonduktor, pemasangan pendawaian dan reka bentuk terbantu komputer yang dapat menghasilkan graduan yang berketerampilan dan serba boleh, disamping memberi penekanan terhadap bidang pengkhususan di akhir program. Kursus-kursus pengkhususan yang terlibat dalam program ini adalah telefoni, sistem komunikasi gentian optik, komunikasi data dan rangkaian, komunikasi tanpa wayar dan peranti gelombang mikro.

Selain daripada penerapan pengetahuan dan kemahiran teknikal, program ini juga memberi penekanan kepada pembangunan potensi individu pelajar secara bersepadu dan holistik melalui kursus-kursus seperti sains, teknologi dan kejuruteraan dalam Islam, Nilai Masyarakat Malaysia, Pengajian Malaysia, ko-kurikulum, pekerjaan, keselamatan dan kesihatan dan keusahawanan.

Prospek Kerjaya

Para graduan mempunyai pilihan yang luas dalam sektor komunikasi seperi Telekom Malaysia Berhad, Celcom, Maxis, Sapura, Axiata, Webe, SIRIM, firma-firma perundingan dan sebagainya. Disamping itu graduan juga boleh memberi sumbangan dalam sistem penyiaran di stesen-stesen radio atau televisyen, institusi pengajian serta firma-firma perundingan. 
 
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Kejuruteraan Komunikasi yang boleh digunapakai secara meluas dalam kerjaya yang akan diceburi. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi graduan daripada program ini membolehkan mereka untuk menyertai pasaran kerja seperti berikut:
 
  • Pembantu Jurutera
  • Pembantu Jurutera Frekuensi Radio
  • Eksekutif Teknikal
  • Eksekutif Pemasaran
  • Penyelia Teknikal
  • Pembantu Perancang Teknikal
  • Pembantu Jurutera Rangkaian
  • Pembantu Pentadbir Rangkaian
  • Pembantu Jurutera “Drive Test”
  • Pembantu Jurutera Analisis “Drive Test”
  • Juruteknik Elektrik / Elektronik
No MQA  MQA/FA13202
Syarat Kemasukan Lepasan SPM
 
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Matematik
    2. SATU (1) mata pelajaran Sains/Teknikal/Vokasional
    3. SATU (1) dalam mana-mana mata pelajaran
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran atau lain-lain yang menyukarkan kerja-kerja amali
   Lulusan Selain SPM
   
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan;
    ATAU
  3. Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiental Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.
  4. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.

 

DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK (KOMPUTER) (DTK) 
 
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) ini telah direkabentuk untuk menghasilkan pelajar yang berpengetahuan luas dalam bidang kejuruteraan elektronik dengan pengkhususan dalam bidang elektronik berasaskan teknologi komputer. Pelajar juga didedahkan dengan pengetahuan asas elektronik yang meluas dalam bidang kuasa, telekomunikasi, kawalan, instrumentasi dan juga komputer yang dapat menghasilkan graduan yang berkebolehan dan masih menitikberatkan area pengkhususan mereka. 
 
Para graduan ini bakal mempunyai peluang kerjaya yang cerah dalam bidang teknologi komputer. Penggunaan alatan elektronik dalam peralatan berasaskan komputer pada masa kini sangat memerlukan juruteknik berkemahiran dan terlatih. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) daripada Politeknik membekalkan graduan dengan keperluan kemahiran teknikal yang diperakui dan diiktiraf dalam bidang Kejuruteraan Elektronik (Komputer).

Peluang Kerjaya:

Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) membekalkan graduan dengan pengetahuan dan kepakaran dalam bidang kejuruteraan elektronik dengan pengkhususan dalam bidang pengkomputeran. Kemajuan moden bidang pengkomputeran dan elektronik yang terus menjadi tumpuan utama badan-badan organisasi membolehkan para graduan mempunyai prospek kerjaya yang luas dalam indusrti seperti:
 
  • Juruteknik Komputer
  • Juruteknik Elektronik
  • Juruteknik Perisian
  • Juruteknik Audio Visual
  • Pakar Teknikal
  • Juruteknik khidmat Elektrik, elektronik dan komputer
  • Pembantu Jurutera
  • Eksekutif Pemasaran
  • Berkerja sendiri
 No. MQA MQA/FA13261
 Syarat Kemasukan Lepasan SPM
 
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Matematik
    2. SATU (1) mata pelajaran Sains/Teknikal/Vokasional
    3. SATU (1) dalam mana-mana mata pelajaran
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran atau lain-lain yang menyukarkan kerja-kerja amali
  Lulusan Selain SPM
 
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan;
    ATAU
  3. Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiental Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.
  4. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.

 

DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (DEE) 

 

Program Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik telah direkabentuk meliputi pelbagai disiplin semasa yang luas dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Pelajar turut didedahkan dengan Asas Elektrik dan Elektronik yang luas merangkumi Prinsip Elektrik dan Elektronik, Asas komputer dan Pengaturacaraan, Rekabentuk Terbantu Komputer, Peranti Semikonduktor, Sistem Komunikasi, Pemasangan Pendawaian, Sistem Kuasa, Mesin Elektrik dan Pengawal Logik Boleh Aturcara. Pengetahuan dan kemahiran dalam kedua-dua bidang ini akan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih luas kepada graduan.

Peluang Kerjaya:

Program ini menyediakan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik yang boleh digunakan dalam pelbagai kerjaya khususnya dalam sektor penjanaan kuasa dan industri pembuatan. Pengetahuan dan kemahiran yang pelajar perolehi daripada program ini akan membolehkan mereka untuk mengambil bahagian dalam pasaran kerja sebagai;

  • Juruteknik Elektrik/ Eletronik
  • Penasihat Perkhidmatan Kejuruteraan Eletkrik
  • Pembantu Teknik
  • Penyelia Elektrik/ Elektronik Kejuruteraan
  • Penolong Jurutera
No. MQA MQA/FA15515 
Syarat Kemasukan  Lepasan SPM
   
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Matematik
    2. SATU (1) mata pelajaran Sains/Teknikal/Vokasional
    3. SATU (1) dalam mana-mana mata pelajaran
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran atau lain-lain yang menyukarkan kerja-kerja amali
   Lulusan Selain SPM
 
  • Warganegara Malaysia.
  • Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan;
    ATAU
  • Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiental Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.
  • Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.

                                     

Pencapaian

 

Tempat Pertama Pertandingan Data Hackathon POLYCC 2024.

  Naib Johan bagi Kategori Perkhidmatan di Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Horizon Baharu (KIK) JPPKK 2024 di Politeknik Port Dickson.
     
 

Johan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Horizon Baharu (KIK) PTSB 2024.

  Naib Juara Pertandingan Karakter  Perpaduan dalam Program Sambutan  Mingguan Perpaduan 2025 Peringkat Negeri Kedah.
     
     
Tempat Ketiga di Penang International Robotics Competition (PIRC 2023).    Tempat Ketiga Pertandingan Robot Soccer 2 vs 2 Sempena Pameran Projek Akhir Pelajar (INNOCOM 2023) di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.
     
 
Pingat Emas Pertandingan Inovasi Tvet Kebangsaan 2024 di Kolej Komuniti Chenderoh Perak.  

Naib Johan Pertandingan Robot Soccer 2 vs 2 Sempena Pameran Projek Akhir Pelajar (INNOCOM 2023) di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

     
 

Naib Johan Kejohanan Woodballers MyPOLYCC Zon Utara 2023.

  Naib Johan Kejohanan Woodballers MyPOLYCC Zon Utara 2023.
     
   
Tempat Ketiga Kejohanan Woodballers MyPOLYCC Zon Utara 2023.    

 

  • Kulim Hi-Tech Park 09090 Kulim Kedah
  • 014-7555318/014-7555319/04-4033333
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Waktu Pejabat
  •    8.00 Pagi – 5.00 Petang

Pengiktirafan dan Pensijilan

Notis Hak Cipta

Dasar Privasi

Dasar Keselamatan

Penafian

Anda pelawat yang ke 263070

Ke Atas