Log in
Log Masuk
Log Masuk Staf
Increase size
Reset to Default
Decrease size
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
  • UTAMA
  • MENGENAI KAMI
    • Perutusan Pengarah
    • Pengurusan Tertinggi
    • Latar Belakang
    • Polisi Keselamatan Siber
    • Perkhidmatan
    • Carta Organisasi
    • Logo Rasmi
    • Alumni
    • Pengiktirafan dan Pensijilan
  • KUALITI
    • Visi dan Misi
    • Dasar dan Objektif Kualiti
    • Piagam Pelanggan
    • Penguatkuasaan Dasar Dan Prinsip Bagi Program Pengajian JPPKK
  • JABATAN & UNIT
    • Pengurusan Akademik
    • Pengurusan Sokongan Akademik
    • Direktori Staf
    • Soalan Lazim
  • AKADEMIK
    • Program Pengajian
    • Sistem Pengajian
    • Outcome Based Education
    • Agensi Kelayakan Malaysia
    • Lembaga Jurutera Malaysia (BEM)
    • Akreditasi
  • PENYELIDIKAN
    • Kepakaran
    • Penyelidikan Dan Inovasi
      • Jurnal: Volume 01, Number 01
      • Pembentangan Kertas Kerja Pensyarah
      • Pembentangan Kertas Kerja Cie-Tvet 2015
    • Prosiding Kolokium PTSB 2014
    • Koleksi Kertas Penyelidikan
  • SUMBER
    • Penerbitan
      • Pekeliling/Arahan dan Garis Panduan
      • Buku & Majalah
      • Laporan Tahunan
      • Buletin
      • Brosur
      • Pelan Strategik PTSB
      • Buku Panduan Pelajar
    • Galeri
      • Borang-Borang
      • Gambar
      • Keratan Akhbar
      • Kemudahan
    • Portal
      • Pengumuman
      • Berita
      • Jawatan Kosong
      • Takwim
    • Manual/Panduan Pengguna
  • UTAMA
  • MENGENAI KAMI
    • Perutusan Pengarah
    • Pengurusan Tertinggi
    • Latar Belakang
    • Polisi Keselamatan Siber
    • Perkhidmatan
    • Carta Organisasi
    • Logo Rasmi
    • Alumni
    • Pengiktirafan dan Pensijilan
  • KUALITI
    • Visi dan Misi
    • Dasar dan Objektif Kualiti
    • Piagam Pelanggan
    • Penguatkuasaan Dasar Dan Prinsip Bagi Program Pengajian JPPKK
  • JABATAN & UNIT
    • Pengurusan Akademik
    • Pengurusan Sokongan Akademik
    • Direktori Staf
    • Soalan Lazim
  • AKADEMIK
    • Program Pengajian
    • Sistem Pengajian
    • Outcome Based Education
    • Agensi Kelayakan Malaysia
    • Lembaga Jurutera Malaysia (BEM)
    • Akreditasi
  • PENYELIDIKAN
    • Kepakaran
    • Penyelidikan Dan Inovasi
      • Jurnal: Volume 01, Number 01
      • Pembentangan Kertas Kerja Pensyarah
      • Pembentangan Kertas Kerja Cie-Tvet 2015
    • Prosiding Kolokium PTSB 2014
    • Koleksi Kertas Penyelidikan
  • SUMBER
    • Penerbitan
      • Pekeliling/Arahan dan Garis Panduan
      • Buku & Majalah
      • Laporan Tahunan
      • Buletin
      • Brosur
      • Pelan Strategik PTSB
      • Buku Panduan Pelajar
    • Galeri
      • Borang-Borang
      • Gambar
      • Keratan Akhbar
      • Kemudahan
    • Portal
      • Pengumuman
      • Berita
      • Jawatan Kosong
      • Takwim
    • Manual/Panduan Pengguna

 

  • Pengenalan
  • Carta Organisasi
  • Program Ditawarkan
  • Pencapaian
  • Pengenalan
  • Carta Organisasi
  • Program Ditawarkan
  • Pencapaian

Pengenalan

 

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) merupakan salah satu jabatan akademik utama di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. JKM menawarkan tiga program diploma yang komprehensif, iaitu Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan), Diploma Kejuruteraan Mekatronik, dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal, bagi melahirkan graduan berkemahiran tinggi selaras dengan keperluan industri.

Objektif 

  • Memberi pengetahuan teori dan amali di dalam bidang kejuruteraan mekanikal bagi melahirkan tenaga separa mahir untuk memenuhi keperluan negara
  • Membina kecekapan pelajar dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif supaya mampu menangani pelbagai cabaran hasil dari perkembangan teknologi serta mengamalkan budaya ilmu

 

Fasiliti yang disediakan:

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dilengkapi dengan kemudahan fasiliti, bengkel dan makmal yang terbaik dalam memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran antara pensyarah dan para pelajarnya.
Di antara fasiliti yang wujud di jabatan ini adalah:

  • Makmal Mekatronik – Kelengkapan utama bagi memenuhi bidang tujahan di PTSB iaitu alatan latihan amali yang berbentuk mekanikal dan elektronik
  • Bengkel Kimpalan - Dilengkapi dengan kemudahan membuat latihan amali kimpalan bermula dari kimpalan arka, kimpalan gas, seterusnya TIG dan MIG
  • Bengkel CNC – Mempunyai mesin CNC Wirecut, CNC Larik, CNC Die Sinking dan CNC Milling yang terkini
  • Selain itu juga, fasiliti seperti Makmal Robotik, Makmal PLC, dan Makmal CAD merancakkan lagi suasana pembelajaran di institusi ini

 

Carta Organisasi

Program Ditawarkan

DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (DKM)

 

Diploma Kejuruteraan Mekanikal direkabentuk meliputi disiplin bidang kejuruteraan mekanikal yang semasa dan releven beserta dengan subjek pengkhususan tambahan dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Kurikulum program yang dibangunkan adalah bagi menghasilkan graduan yang holistik. Penekanan yang seimbang diberikan terhadap aspek teori dan praktikal. Kaedah pembelajaran yang terkini termasuk pembelajaran teradun turut dijalankan. Kursus teras yang ditawarkan termasuk Engineering Mechanics, Electrical Technology, Engineering Drawing, Mechanical Workshop Practice, Workshop Technology, Computer Aided Design, Thermodynamics, Fluid Mechanics, Strength Of Materials, Pneumatic & Hydraulics, Project, Maintenance Engineering & Management, Material Science, Mechanic Of Machines, Engineering Design and Mechanical Components &Maintenance. Kursus-kursus elektif adalah Computer Aided Design 2, Control System, Instrumentation & Control, Engineering Plant Technology, Quality Control, C programming, Programmable Logic Control, Industrial Management, Diagnose & Troubleshooting for Mechanical Component, Tamadun Islam, Integrasi Malaysia and Computer Application. Kursus teras umum pula meliputi Engineering Mathematics, Engineering Science, Occupational Safety & Health dan Entrepreneurship. Kursus wajib yang ditawarkan termasuk Pengajian Malaysia, Komunikasi dan Penyiaran Islam, Nilai Masyarakat Malaysia, Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam dan Ko-Kurikulum akan menyediakan pelajar dengan kemahiran interpersonal, sikap dan profesionalisme kearah kemajuan kerjaya mereka.

Prospek Kerjaya:
 
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan mekanikal yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam kejuruteraan mekanikal. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar dari program ini akan membolehkan mereka menyertai pasaran kerja sebagai:
  • Penolong Jurutera
  • Penolong Teknikal
  • Penolong Pengurus penyelenggaraan
  • Penyelia
  • Junior Engineer
  • Pengajar Teknikal atau Pensyarah
  • Eksekutif Jualan Teknikal
  • Juruteknik
  • Eksekutif Kualiti
  • Project coordinator
No MQA MQA/FA13203
Syarat Kemasukan Lepasan SPM
 
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Matematik
    2. SATU (1) mata pelajaran Sains/Teknikal/Vokasional
    3. SATU (1) dalam mana-mana mata pelajaran
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
  Lepasan Selain SPM
 
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan;


       ATAU

  1. Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiental Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.
  2. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.

 

DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL PEMBUATAN (DTP)

 

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) direkabentuk sebagai sebahagian daripada disiplin kejuruteraan mekanikal yang memberi tumpuan kepada bidang pembuatan. Kursus teras dalam disiplin ini merangkumi Engineering Drawing, Computer Aided Design, dan Electrical Technology yang meningkatkan pengetahuan serta keupayaan pelajar. Bagi memperkayakan pengetahuan pelajar dalam bidang pembuatan, kursus khusus seperti Manufacturing System, Manufacturing Workshop Practice, Computer Aided Manufacturing Design, Industrial Robotics, Manufacturing Control, Quality Control, Jigs, Fixtures & Tooling Design, Material Technology serta Manufacturing Economy turut diperkenalkan.

Prospek Kerjaya:
 
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dalam industri pembuatan yang boleh diaplikasikan dalam pelbagai kerjaya dalam industri mekanikal. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar melalui program ini akan membolehkan mereka menyertai pasaran pekerjaan sebagai:
 
  • Penolong Jurutera
  • Pembantu Teknikal
  • Penyelia Pengeluaran/Proses
  • Juruteknik
  • Pereka Produk
  • Pegawai Kualiti
  • CNC Programmer
  • Juru Mesin Ketepatan
  • Eksekutif Pengeluaran/Proses
  • Eksekutif Perolehan
  • Pakar Teknikal
  • Tenaga Pengajar Teknikal atau Pensyarah
  • Usahawan
 
No MQA MQA/FA13262
Syarat Kemasukan Lepasan SPM
 
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Matematik
    2. SATU (1) mata pelajaran Sains/Teknikal/Vokasional
    3. SATU (1) dalam mana-mana mata pelajaran
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
  Lepasan Selain SPM
 
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan;


       ATAU

  1. Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiental Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.
  2. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.

 

DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKATRONIK (DEM)

 

Diploma Kejuruteraan Mekatronik direkabentuk untuk menampung keperluan dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik dengan kursus pengkhususan dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik. Kursus Teras yang ditawarkan adalah seperti berikut Lukisan Kejuruteraan, Amalan Kejuruteraan Bengkel Mekatronik, Pengaturcaraan C, Teknologi Elektrik, Lukisan Terbantu Komputer[CAD], Sistem Elektronik, Haba Bendalir, Elektronik Industri, Pengawal Logik Boleh Pengaturcaraan[PLC], Kaji daya Bahan, Sistem Digit, Sistem Pneumatik & Hidraulik, Sistem Kawalan, Elektronik Kuasa, Projek, Automasi Industri, Mekanisma penghantar kuasa,dan Aplikasi Sistem Terbenam.Graduan juga disyaratkan untuk melengkapkan 1 Kursus Elektif pada semester 4 dan 5 dengan minimum 4 kredit.  Kursus Elektif ini termasuk Mikropemproses, Lukisan Terbantu Komputer/ Pembuatan Terbantu Komputer[CADCAM], Robot Perindustrian, Pengurusan Industri, Tamadun Islam, Integrasi Malaysia, Dan Aplikasi Komputer. Kursus Teras Biasa pula termasuk subjek Keselamatan & Kesihatan Pekerja, Kejuruteraan Matematik, Sains Kejuruteraan, Dan Keusahawanan. Kursus Wajib pula ialah Pengajian Malaysia, English Komunikasi, Asas Unit Beruniform, Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Islam, Nilai Masyarakat Malaysia, Sukan, Kelab/Persatuan, dan Komunikasi Dan Penyiaran Islam yang mana akan menyediakan pelajar dengan keupayaan interpersonal, sikap dan profesionalisme terhadap kerjaya mereka.

Prospek Kerjaya

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam Bidang Kejuruteraan Mekatronik yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam Kejuruteraan Mekatronik. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar dari program ini akan membolehkan mereka menyertai pasaran kerja sebagai:-
  • Pembantu Juruteknik
  • Juruteknik Pengeluaran
  • Juruteknik Ujian & Kebolehpercayaan
  • Jurutera Penyelenggaraan
  • Jurutera Jualan
  • Jurutera Permohonan
  • Penyelia Sistem Kawalan
  • Automasi dan Penyelia Robotik
  • Pereka Sistem Mekanikal Elektrik
No MQA  
Syarat Kemasukan Lepasan SPM
 
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Matematik
    2. SATU (1) mata pelajaran Sains/Teknikal/Vokasional
    3. SATU (1) dalam mana-mana mata pelajaran
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
  Lepasan Selain SPM
 
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan;


       ATAU

  1. Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiental Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.
  2. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.

 

 

Pencapaian

  • Kulim Hi-Tech Park 09090 Kulim Kedah
  • 014-7555318/014-7555319/04-4033333
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Waktu Pejabat
  •    8.00 Pagi – 5.00 Petang

Pengiktirafan dan Pensijilan

Notis Hak Cipta

Dasar Privasi

Dasar Keselamatan

Penafian

Anda pelawat yang ke 255980

Ke Atas