Pengenalan
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) merupakan salah sebuah jabatan akademik induk yang terdapat di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. JKM menawarkan tiga program di peringkat diploma iaitu Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan), Diploma Kejuruteraan Mekatronik dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal.
- Memberi pengetahuan teori dan amali di dalam bidang kejuruteraan mekanikal bagi melahirkan tenaga separa mahir untuk memenuhi keperluan negara
- Membina kecekapan pelajar dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif supaya mampu menangani pelbagai cabaran hasil dari perkembangan teknologi serta mengamalkan budaya ilmu
Fasiliti
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dilengkapi dengan kemudahan fasiliti, bengkel dan makmal yang terbaik dalam memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran antara pensyarah dan para pelajarnya.
Di antara fasiliti yang wujud di jabatan ini adalah:
- Makmal Mekatronik – Kelengkapan utama bagi memenuhi bidang tujahan di PTSB iaitu alatan latihan amali yang berbentuk mekanikal dan elektronik
- Bengkel Kimpalan - Dilengkapi dengan kemudahan membuat latihan amali kimpalan bermula dari kimpalan arka, kimpalan gas, seterusnya TIG dan MIG
- Bengkel CNC – Mempunyai mesin CNC Wirecut, CNC Larik, CNC Die Sinking dan CNC Milling yang terkini
- Selain itu juga, fasiliti seperti Makmal Robotik, Makmal PLC, dan Makmal CAD merancakkan lagi suasana pembelajaran di institusi ini