Log in
Log Masuk
Log Masuk Staf
Increase size
Reset to Default
Decrease size
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
  • UTAMA
  • MENGENAI KAMI
    • Perutusan Pengarah
    • Pengurusan Tertinggi
    • Latar Belakang
    • Polisi Keselamatan Siber
    • Perkhidmatan
    • Carta Organisasi
    • Logo Rasmi
    • Alumni
    • Pengiktirafan dan Pensijilan
  • KUALITI
    • Visi dan Misi
    • Dasar dan Objektif Kualiti
    • Piagam Pelanggan
    • Penguatkuasaan Dasar Dan Prinsip Bagi Program Pengajian JPPKK
  • JABATAN & UNIT
    • Pengurusan Akademik
    • Pengurusan Sokongan Akademik
    • Direktori Staf
    • Soalan Lazim
  • AKADEMIK
    • Program Pengajian
    • Sistem Pengajian
    • Outcome Based Education
    • Agensi Kelayakan Malaysia
    • Lembaga Jurutera Malaysia (BEM)
    • Akreditasi
  • PENYELIDIKAN
    • Kepakaran
    • Penyelidikan Dan Inovasi
      • Jurnal: Volume 01, Number 01
      • Pembentangan Kertas Kerja Pensyarah
      • Pembentangan Kertas Kerja Cie-Tvet 2015
    • Prosiding Kolokium PTSB 2014
    • Koleksi Kertas Penyelidikan
  • SUMBER
    • Penerbitan
      • Pekeliling/Arahan dan Garis Panduan
      • Buku & Majalah
      • Laporan Tahunan
      • Buletin
      • Brosur
      • Pelan Strategik PTSB
      • Buku Panduan Pelajar
    • Galeri
      • Borang-Borang
      • Gambar
      • Keratan Akhbar
      • Kemudahan
    • Portal
      • Pengumuman
      • Berita
      • Jawatan Kosong
      • Takwim
    • Manual/Panduan Pengguna
  • UTAMA
  • MENGENAI KAMI
    • Perutusan Pengarah
    • Pengurusan Tertinggi
    • Latar Belakang
    • Polisi Keselamatan Siber
    • Perkhidmatan
    • Carta Organisasi
    • Logo Rasmi
    • Alumni
    • Pengiktirafan dan Pensijilan
  • KUALITI
    • Visi dan Misi
    • Dasar dan Objektif Kualiti
    • Piagam Pelanggan
    • Penguatkuasaan Dasar Dan Prinsip Bagi Program Pengajian JPPKK
  • JABATAN & UNIT
    • Pengurusan Akademik
    • Pengurusan Sokongan Akademik
    • Direktori Staf
    • Soalan Lazim
  • AKADEMIK
    • Program Pengajian
    • Sistem Pengajian
    • Outcome Based Education
    • Agensi Kelayakan Malaysia
    • Lembaga Jurutera Malaysia (BEM)
    • Akreditasi
  • PENYELIDIKAN
    • Kepakaran
    • Penyelidikan Dan Inovasi
      • Jurnal: Volume 01, Number 01
      • Pembentangan Kertas Kerja Pensyarah
      • Pembentangan Kertas Kerja Cie-Tvet 2015
    • Prosiding Kolokium PTSB 2014
    • Koleksi Kertas Penyelidikan
  • SUMBER
    • Penerbitan
      • Pekeliling/Arahan dan Garis Panduan
      • Buku & Majalah
      • Laporan Tahunan
      • Buletin
      • Brosur
      • Pelan Strategik PTSB
      • Buku Panduan Pelajar
    • Galeri
      • Borang-Borang
      • Gambar
      • Keratan Akhbar
      • Kemudahan
    • Portal
      • Pengumuman
      • Berita
      • Jawatan Kosong
      • Takwim
    • Manual/Panduan Pengguna

  • Info Jabatan
  • Carta Organisasi
  • Program Ditawarkan
  • Pencapaian
  • Info Jabatan
  • Carta Organisasi
  • Program Ditawarkan
  • Pencapaian

Info Jabatan

 

Jabatan Perdagangan (JP) Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah mula beroperasi pada 2 Mac 2003 dengan objektif untuk melahirkan tenaga kerja separa profesional dalam bidang perakaunan, pemasaran, dan perniagaan. Ditadbir oleh Ketua Jabatan, JP berfungsi sebagai pusat pembelajaran dinamik yang menekankan kecemerlangan akademik dan pembangunan sahsiah pelajar.

Dalam usaha mencapai visi dan misinya, JP dianggotai oleh tiga Ketua Program yang bertanggungjawab terhadap perlaksanaan kurikulum bagi setiap kursus yang ditawarkan. Pada sesi pengambilan pertama tahun 2003, jabatan ini telah menerima seramai 171 orang pelajar perintis, dengan bimbingan 15 tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. Sehingga kini, setiap semester JP menerima kira-kira 200 orang pelajar baru, mencerminkan kepercayaan dan permintaan yang tinggi terhadap program yang ditawarkan.

Bagi memastikan kebajikan dan prestasi akademik pelajar berada pada tahap terbaik, setiap pelajar baru akan diberikan seorang penasihat akademik untuk memberikan bimbingan serta sokongan sepanjang tempoh pengajian. JP komited untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti, seiring dengan perkembangan industri dan keperluan tenaga kerja di sektor awam serta swasta.

Objektif Jabatan Perdagangan

✅ Sentiasa mengutamakan dan mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam bidang berkaitan.
✅ Melahirkan pelajar separa profesional dalam bidang perakaunan, pemasaran, dan perniagaan di peringkat diploma bagi memenuhi keperluan sumber manusia di sektor awam dan swasta.

JP PTSB terus melangkah ke hadapan sebagai institusi yang membentuk graduan berkualiti, berdaya saing, dan relevan dengan kehendak industri masa kini.

Kemudahan Yang Disediakan

Jabatan Perdagangan dilengkapi dengan kemudahan fasiliti seperti makmal, dewan kuliah dan bilik-bilik kuliah bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran antara pensyarah dan para pelajarnya. Di antara fasiliti yang disediakan di jabatan ini adalah:

  1. Makmal Perakaunan
  2. Bilik Bantuan Perniagaan (BBP)
  3. Bilik Simulasi
  4. Bilik MicroTeaching
  5. Studio Modeling
  6. Bilik Pembangunan Keusahawanan (BPK)
  7. Dewan Kuliah
  8. Bilik Kuliah
  9. Bilik Seminar Pembentangan (BSP)

 

Carta Organisasi

Program Ditawarkan

 

DIPLOMA PERAKAUNAN (DAT)

 

Program Diploma Akauntansi (tiga tahun) dirangka untuk melahirkan graduan yang cekap dalam bidang perakaunan, menguasai sistem manual dan berkomputer, serta bersedia untuk memasuki industri perniagaan. Kurikulum yang komprehensif merangkumi perakaunan kewangan, pengkosan, pengurusan, percukaian, dan pengauditan, selain bidang sokongan seperti undang-undang syarikat, pengurusan perniagaan, dan ekonomi bagi memperkukuh kemahiran pengurusan dan kepimpinan.

Bagi memastikan pelajar mendapat pendedahan industri yang mencukupi, program ini mewajibkan latihan industri selama enam bulan pada semester keempat. Latihan ini memberikan pengalaman dunia sebenar dalam persekitaran perniagaan dan perakaunan, membolehkan pelajar mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari serta meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam industri.

Dengan keseimbangan antara teori dan amali, program ini melahirkan graduan yang berdaya saing, berpengetahuan luas, dan bersedia untuk berkembang ke jawatan penyeliaan serta profesional dalam bidang perakaunan dan kewangan.

Prospek Kerjaya :

Kerjaya sebagai Penolong Akauntan dan Penolong Juruaudit di sektor awam atau swasta.

No. MQA MQA/FA3309
Syarat Kemasukan Lepasan SPM
 
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Matematik
    2. DUA (2) dalam mana-mana mata pelajaran
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran atau lain-lain yang menyukarkan kerja-kerja amali
   Lulusan Selain SPM
   
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan dan lulus SPM dengan mendapat kepujian dalam matapelajaran Matematik;
    ATAU
  3. Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiental Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.
  4. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.

 

DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN (DPM)

 

Diploma Pengajian Perniagaan bertujuan untuk meningkatkan dan memperkayakan pengetahuan pelajar merentas pelbagai bidang perniagaan serta menyediakan pelajar untuk hadapi cabaran kerjaya dalam perniagaan kontemporari. Bidang pengajian yang dipelajari adalah dinamik dan pelajar akan memperolehi pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang seperti pentadbiran, pengurusan sumber manusia, perakaunan, kewangan, pemasaran, insurans, perbankan dan pelaburan, pengurusan operasi serta keusahawanan. Rangka kerja kursus yang fleksibel membolehkan pelajar memilih laluan yang sesuai dengan minat mereka, sama ada untuk memasuki pasaran kerja atau meneruskan pengajian mereka dalam pelbagai program perniagaan yang selaras dengan perkembangan perniagaan semasa.

Prospek Kerjaya:

Program ini direkabentuk bagi melengkapkan pelajar dengan pengetahuan yang dan kemahiran yang komprehensif dalam bidang yang berkaitan perniagaan dan keusahawanan. Graduan bidang ini mempunyai peluang kerjaya seperti di bawah:
 
• Penolong Pembantu tadbir
• Penolong Pengurus
• Eksekutif Pemasaran dan Jualan
• Eksekutif Sumber Manusia
• Usahawan
• Usahawan e-dagang
• Pegawai Pembangunan Perniagaan
• Penyelidik Perniagaan
• Pegawai Operasi
• Pegawaiatau Agen Insuran
 
No. MQA MQA/FA1370
Syarat kemasukan Lepasan SPM
 
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Matematik
    2. DUA (2) dalam mana-mana mata pelajaran
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran atau lain-lain yang menyukarkan kerja-kerja amali
  Lulusan Selain SPM
 
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan dan lulus SPM dengan mendapat kepujian dalam matapelajaran Matematik;
    ATAU
  3. Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiental Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.
  4. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.

 

DIPLOMA PEMASARAN (DPR)

 

Diploma Pemasaran melengkapkan pelajar dengan pengetahuan asas serta pemahaman teknikal yang kukuh dalam bidang pemasaran.   Ia bertujuan untuk meningkatkan keupayaan pelajar dalam melaksanakan tugas pemasaran seperti menyedia dan menyelia campuran pemasaran, menganalisis kelakuan pengguna, mengkaji pasaran, mengolah dan meyampaikan idea dan strategi, mengaturacara dan pameran produk. Pelajar juga diberi pengetahuan asas dalam bidang perniagaan termasuk pengurusan, perakaunan, ekonomi, keusahawanan, pengiklanan, statistik, peruncitan, perundangan, pemasaran digital dan teknologi.  Kemahiran penggajian seperti komunikasi, kepimpinan, pemikiran kreatif dan kritis serta keyakinan diri ditingkatkan melalui kursus Bahasa Inggeris dan aktiviti pelajar. Aspek-aspek insaniah ditekankan melalui kursus agama dan moral bagi melahirkan insan yang seimbang.
 
Kajian kes dan projek berkumpulan memfokuskan kepada kemahiran analisis dan menilai pasaran,  penentuan pasaran, membuat keputusan serta menyedia pelan pemasaran bersepadu.  Latihan industry selama enam bulan meningkatkan kemahiran dan pemahaman pelajar tentang pemasaran dalam perniagaan selain melengkapkan persediaan mereka ke alam pekerjaan.

Prospek Kerjaya:

Graduan  Diploma Pemasaran mempunyai banyak pilihan kerja di syarikat tempatan dan multinasional dalam pelbagai industry menarik termasuk logistik, hospitaliti, kewangan dan insurans, telekomunikasi, peruncitan dan pemborongan, pengiklanan, dan organisasi media. Bidang kerjaya yang boleh diceburi adalah:
 
• Pemasaran dan jualan
• Pengiklanan dan Promosi
• Perkhidmatan Pelanggan
• Penyelidikan Pemasaran
• Penjenamaan
• Pengurusan Acara
 
No. MQA MQA/FA3310
Syarat kemasukan Lulusan SPM
 
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Lulus Matematik
  7. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  8. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran atau lain-lain yang menyukarkan kerja-kerja amali
  Lulusan Selain SPM
 
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan;
    ATAU
  3. Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiental Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.
  4. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.

 

Pencapaian

  • Kulim Hi-Tech Park 09090 Kulim Kedah
  • 014-7555318/014-7555319/04-4033333
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Waktu Pejabat
  •    8.00 Pagi – 5.00 Petang

Pengiktirafan dan Pensijilan

Notis Hak Cipta

Dasar Privasi

Dasar Keselamatan

Penafian

Anda pelawat yang ke 255958

Ke Atas