Log in
Log Masuk
Log Masuk Staf
Increase size
Reset to Default
Decrease size
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
  • UTAMA
  • MENGENAI KAMI
    • Perutusan Pengarah
    • Pengurusan Tertinggi
    • Latar Belakang
    • Polisi Keselamatan Siber
    • Perkhidmatan
    • Carta Organisasi
    • Logo Rasmi
    • Alumni
    • Pengiktirafan dan Pensijilan
  • KUALITI
    • Visi dan Misi
    • Dasar dan Objektif Kualiti
    • Piagam Pelanggan
    • Penguatkuasaan Dasar Dan Prinsip Bagi Program Pengajian JPPKK
  • JABATAN & UNIT
    • Pengurusan Akademik
    • Pengurusan Sokongan Akademik
    • Bahagian Governan dan Kecemerlangan
    • Direktori Staf
    • Soalan Lazim
  • AKADEMIK
    • Program Pengajian
    • Sistem Pengajian
    • Outcome Based Education
    • Agensi Kelayakan Malaysia
    • Lembaga Jurutera Malaysia (BEM)
    • Akreditasi
  • PENYELIDIKAN
    • Kepakaran
    • Penyelidikan Dan Inovasi
      • Jurnal: Volume 01, Number 01
      • Pembentangan Kertas Kerja Pensyarah
      • Pembentangan Kertas Kerja Cie-Tvet 2015
    • Prosiding Kolokium PTSB 2014
    • Koleksi Kertas Penyelidikan
  • SUMBER
    • Penerbitan
      • Pekeliling/Arahan dan Garis Panduan
      • Buku & Majalah
      • Laporan Tahunan
      • Buletin
      • Brosur
      • Pelan Strategik PTSB
      • Buku Panduan Pelajar
    • Galeri
      • Borang-Borang
      • Gambar
      • Keratan Akhbar
      • Kemudahan
    • Portal
      • Pengumuman
      • Berita
      • Jawatan Kosong
      • Takwim
    • Manual/Panduan Pengguna
  • UTAMA
  • MENGENAI KAMI
    • Perutusan Pengarah
    • Pengurusan Tertinggi
    • Latar Belakang
    • Polisi Keselamatan Siber
    • Perkhidmatan
    • Carta Organisasi
    • Logo Rasmi
    • Alumni
    • Pengiktirafan dan Pensijilan
  • KUALITI
    • Visi dan Misi
    • Dasar dan Objektif Kualiti
    • Piagam Pelanggan
    • Penguatkuasaan Dasar Dan Prinsip Bagi Program Pengajian JPPKK
  • JABATAN & UNIT
    • Pengurusan Akademik
    • Pengurusan Sokongan Akademik
    • Bahagian Governan dan Kecemerlangan
    • Direktori Staf
    • Soalan Lazim
  • AKADEMIK
    • Program Pengajian
    • Sistem Pengajian
    • Outcome Based Education
    • Agensi Kelayakan Malaysia
    • Lembaga Jurutera Malaysia (BEM)
    • Akreditasi
  • PENYELIDIKAN
    • Kepakaran
    • Penyelidikan Dan Inovasi
      • Jurnal: Volume 01, Number 01
      • Pembentangan Kertas Kerja Pensyarah
      • Pembentangan Kertas Kerja Cie-Tvet 2015
    • Prosiding Kolokium PTSB 2014
    • Koleksi Kertas Penyelidikan
  • SUMBER
    • Penerbitan
      • Pekeliling/Arahan dan Garis Panduan
      • Buku & Majalah
      • Laporan Tahunan
      • Buletin
      • Brosur
      • Pelan Strategik PTSB
      • Buku Panduan Pelajar
    • Galeri
      • Borang-Borang
      • Gambar
      • Keratan Akhbar
      • Kemudahan
    • Portal
      • Pengumuman
      • Berita
      • Jawatan Kosong
      • Takwim
    • Manual/Panduan Pengguna

  • Info Jabatan
  • Carta Organisasi
  • Program Ditawarkan
  • Pencapaian
  • Info Jabatan
  • Carta Organisasi
  • Program Ditawarkan
  • Pencapaian

Info Jabatan

 

Jabatan Perdagangan (JP) Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah mula beroperasi pada 2 Mac 2003 dengan objektif untuk melahirkan tenaga kerja separa profesional dalam bidang perakaunan, pemasaran, dan perniagaan. Ditadbir oleh Ketua Jabatan, JP berfungsi sebagai pusat pembelajaran dinamik yang menekankan kecemerlangan akademik dan pembangunan sahsiah pelajar.

Dalam usaha mencapai visi dan misinya, JP dianggotai oleh tiga Ketua Program yang bertanggungjawab terhadap perlaksanaan kurikulum bagi setiap kursus yang ditawarkan. Pada sesi pengambilan pertama tahun 2003, jabatan ini telah menerima seramai 171 orang pelajar perintis, dengan bimbingan 15 tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. Sehingga kini, setiap semester JP menerima kira-kira 200 orang pelajar baru, mencerminkan kepercayaan dan permintaan yang tinggi terhadap program yang ditawarkan.

Bagi memastikan kebajikan dan prestasi akademik pelajar berada pada tahap terbaik, setiap pelajar baru akan diberikan seorang penasihat akademik untuk memberikan bimbingan serta sokongan sepanjang tempoh pengajian. JP komited untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti, seiring dengan perkembangan industri dan keperluan tenaga kerja di sektor awam serta swasta.

Objektif Jabatan Perdagangan

✅ Sentiasa mengutamakan dan mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam bidang berkaitan.
✅ Melahirkan pelajar separa profesional dalam bidang perakaunan, pemasaran, dan perniagaan di peringkat diploma bagi memenuhi keperluan sumber manusia di sektor awam dan swasta.

JP PTSB terus melangkah ke hadapan sebagai institusi yang membentuk graduan berkualiti, berdaya saing, dan relevan dengan kehendak industri masa kini.

Kemudahan Yang Disediakan

Jabatan Perdagangan dilengkapi dengan kemudahan fasiliti seperti makmal, dewan kuliah dan bilik-bilik kuliah bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran antara pensyarah dan para pelajarnya. Di antara fasiliti yang disediakan di jabatan ini adalah:

  1. Makmal Perakaunan
  2. Bilik Bantuan Perniagaan (BBP)
  3. Bilik Simulasi
  4. Bilik MicroTeaching
  5. Studio Modeling
  6. Bilik Pembangunan Keusahawanan (BPK)
  7. Dewan Kuliah
  8. Bilik Kuliah
  9. Bilik Seminar Pembentangan (BSP)

 

Carta Organisasi

Program Ditawarkan

Senarai Program

  • DAC (Diploma Perakaunan)
  • DPM (Diploma Pengajian Perniagaan)
  • DPR (Diploma Pemasaran)


Info Program

 

DAC (Diploma Perakaunan)

Sinopsis:

Program Diploma Akauntansi (dua tahun setengah) dirangka untuk melahirkan graduan yang cekap dalam bidang perakaunan, menguasai sistem manual dan berkomputer, serta bersedia untuk memasuki industri perniagaan.


Program ini menyediakan latihan teori dan praktikal dalam bidang perakaunan bagi membolehkan pelajar memasuki komuniti perniagaan serta dapat berfungsi dengan cekap dan lancar menggunakan sistem manual dan komputer. Program ini mencakupi semua bidang perakaunan seperti kewangan, pengekosan, pengurusan, percukaian dan pengauditan. Pelajar juga mempelajari bidang lain yang berkaitan seperti undang-undang syarikat, undang-undang perdagangan, pengurusan perniagaan dan ekonomi yang dibentuk untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran pengurusan bagi membolehkan mereka meningkat ke jawatan penyeliaan. 


Dengan keseimbangan antara teori dan amali, program ini melahirkan graduan yang berdaya saing, berpengetahuan luas, dan bersedia untuk berkembang ke jawatan penyeliaan serta profesional dalam bidang perakaunan dan kewangan.


Prospek Kerjaya:

Pengetahuan, kemahiran dan keupayaan yang diperoleh melalui program ini membolehkan graduan menerokai pelbagai peluang kerjaya seperti:

  • Eksekutif / Pegawai / Pembantu Akaun
  • Juruteknik Perakaunan
  • Juruaudit Junior / Pembantu Audit
  • Pembantu / Juruteknik Cukai
  • Pembantu Kewangan
  • Pentadbir Gaji (Payroll)
  • Penganalisis Kredit
  • Pegawai Kerajaan – bidang perakaunan, pengauditan, pengurusan sektor awam, dasar percukaian dan pematuhan peraturan
  • Usahawan
  • Setiausaha Syarikat

DPM (Diploma Pengajian Perniagaan)

Diploma Pengajian Perniagaan (DPM) adalah program sepenuh masa yang berlangsung selama lima semester akademik dan satu semester latihan industri. Program ini bertujuan mempelbagaikan pengetahuan pelajar dalam bidang perniagaan dan mempersiapkan mereka dalam menghadapi cabaran kerjaya dalam dunia perniagaan moden.

Program ini juga memupuk pelajar dengan kemahiran berguna yang sesuai dengan teknologi serta cabaran terkini. Struktur program memastikan kursus-kursus yang ditawarkan selaras dengan tuntutan era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0). Elemen Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) turut diterapkan bagi mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).


Peluang Kerjaya:

Kerajaan/ Korporat

  • Penolong Pengurus
  • Penolong Pegawai Sumber Manusia
  • Penolong Pegawai Pentadbiran
  • Penolong Pegawai Operasi
  • Penolong Pegawai Pemasaran/ Jualan
  • Pegawai Pembantu Peribadi

Bekerja Sendiri

    • Pemilik Perniagaan
    • Pencipta Kandungan
    • Usahawan
    • Usahawan Runcit
  • Freelancer

DPR (Diploma Pemasaran)

Program Diploma Pemasaran membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pemasaran merangkumi campuran pemasaran, tingkah laku pengguna, penyelidikan pemasaran dan pembuatan keputusan di peringkat tempatan dan antarabangsa. Pelajar turut didedahkan kepada bidang berkaitan seperti pengurusan, ekonomi, keusahawanan, pengiklanan, peruncitan, perundangan dan teknologi maklumat. Program ini memberi penekanan kepada kemahiran komunikasi, kreativiti, pemikiran kritis dan keusahawanan bagi melahirkan graduan yang bersedia memenuhi keperluan dunia pekerjaan.


Prospek kerjaya: 

  • Eksekutif Pemasaran, 
  • Eksekutif Jualan/Promosi
  • Pegawai Perhubungan Awam
  • Penyelidik Pemasaran
  • Penyelaras Pemasaran
  • Perancang Media
  • Eksekutif Media Sosial
  • Eksekutif Pemasaran Digital
  • Pencipta Kandungan Digital
  • Penulis Kandungan Perniagaan
  • Usahawan.


No MQA dan link MQA

Nama Program

No. MQA

Link

DAC - Diploma Perakaunan

MQA/FA3309

https://www2.mqa.gov.my/mqr/english/epapariptaAA.cfm?IDAkrKP=13868

DPM - Diploma Pengajian Perniagaan

MQA/FA1370

https://www2.mqa.gov.my/mqr/english/epapariptaAA.cfm?IDAkrKP=12008

DPR - Diploma Pemasaran

MQA/FA3310

https://www2.mqa.gov.my/mqr/english/epapariptaAA.cfm?IDAkrKP=13861

 

Syarat Kemasukan

Nama Program

Syarat Kemasukan

DAC - Diploma Perakaunan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Bahasa Inggeris
  5. Lulus Sejarah (SPM 2013 ke atas)
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
  1. Matematik
  2. DUA (2) mata pelajaran lain yang belum diambil kira kepujiannya

DPM - Diploma Pengajian Perniagaan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Bahasa Inggeris
  5. Lulus Sejarah (SPM 2013 ke atas)
  6. Lulus Matematik
  7. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran

DPR - Diploma Pemasaran

Pencapaian

Puan Noor Hanim Binti Ismail telah memenangi Anugerah Akademia POLYCC 2023 bagi kategori Anugerah Pembelajaran dan Pengajaran. Kumpulan i-BizzSync Ventures yang diketuai Pn Adiebah bt Ahmad telah dianugerahkan pingat emas dan juga telah terpilih sebagai penerima Anugerah Produk Potensi Komersial Terbaik di dalam pertandingan National Invention & Innovation Competition Exhibition and Robot-Sumo (NICERS) 2024 yang diadakan pada 20-22 Ogos yang lalu.  Puan Nor Farahain binti Dzulkafli dan Puan Noor Hanim binti Ismail telah menerima Anugerah Kertas Kajian Terbaik bagi kategori pendidikan dalam Conference in Education-Technical and Vocational Education and Training (CiE-TVET) 2024 yang telah diadakan pada 20 hingga 22 Ogos 2024.
     
     
     
     
     
    Commerce Club memenangi Anugerah Kelab/Persatuan Terbaik
     
Ikon Kepimpinan Muhammad Syafiq bin Zamri Ikon Keusahawanan Muhammad Faliq Hakim bin Mustaffa Kamal Ikon Orator Nur Aisyah Nahdirah binti Aziz
     
 
Ikon Kebudayaan: Muhammad Irfan Zaiyani bin Zairul Sham Yeshveenii a/p Kalaiselvan  

​

  • Kulim Hi-Tech Park 09090 Kulim Kedah
  • 014-7555318/014-7555319/04-4033333
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Waktu Pejabat
  •    8.00 Pagi – 5.00 Petang

Pengiktirafan dan Pensijilan

Notis Hak Cipta

Dasar Privasi

Dasar Keselamatan

Penafian

Anda pelawat yang ke 372628

Ke Atas