Pengenalan
Jabatan Pengajian Am (JPA) berperanan sebagai jabatan akademik sokongan yang komited dalam memperkasa proses pengajaran dan pembelajaran di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB). Dengan misi utama menyediakan pendidikan secara formal dan tidak formal, JPA menawarkan modul Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Tamadun Islam, serta Bahasa Inggeris bagi membentuk graduan yang berdaya saing dan berkeperibadian tinggi. Struktur jabatan ini terbahagi kepada dua unit utama, iaitu Unit Pendidikan Islam dan Moral serta Unit Bahasa Inggeris, yang masing-masing memainkan peranan strategik dalam membentuk keperibadian dan kebolehpasaran graduan. Melalui penerapan nilai-nilai Islam dan moral, JPA bertekad melahirkan tenaga kerja separa profesional yang berintegriti, sejajar dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara. Selain itu, pemantapan kemahiran dalam Bahasa Inggeris memberikan kelebihan kepada pelajar untuk bersaing di peringkat global dan meningkatkan daya tarikan mereka dalam pasaran kerja. Usaha ini bukan sahaja memperkukuh kedudukan graduan PTSB tetapi juga menaikkan imej institusi sebagai pusat kecemerlangan akademik yang melahirkan modal insan berkualiti tinggi. |
|
Objektif :
|