Pengenalan
Unit Perhubungan dan Latihan Industri Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) berperanan sebagai platform utama dalam menguruskan penempatan pelajar ke syarikat industri, sama ada di sekitar Kulim mahupun di luar kawasan. Unit ini bertanggungjawab memastikan setiap pelajar mendapat pengalaman industri yang relevan dan berkualiti bagi memperkukuh kemahiran serta daya saing mereka di pasaran kerja.
Dibentuk dengan kerjasama ahli jawatankuasa dan penyelaras dari Jabatan Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik, dan Perdagangan, unit ini memainkan peranan penting dalam membina jaringan strategik dengan pihak industri serta badan kerajaan. PTSB amat mengalu-alukan kerjasama daripada pelbagai sektor bagi menyediakan peluang latihan, bimbingan, dan pengalaman praktikal kepada pelajar, selaras dengan hasrat untuk melahirkan graduan yang berkualiti dan berdaya saing dalam dunia pekerjaan.
Fungsi / Peranan :
- Menguruskan proses Latihan Industri kepada pelajar yang layak
- Menjadi perantara di antara pelajar dengan organisasi luar yang menjadi tempat latihan pelajar
- Menyelaras aktiviti Latihan Industri