Log in
Log Masuk
Log Masuk Staf
Increase size
Reset to Default
Decrease size
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
  • UTAMA
  • MENGENAI KAMI
    • Perutusan Pengarah
    • Pengurusan Tertinggi
    • Latar Belakang
    • Polisi Keselamatan Siber
    • Perkhidmatan
    • Carta Organisasi
    • Logo Rasmi
    • Alumni
    • Pengiktirafan dan Pensijilan
  • KUALITI
    • Visi dan Misi
    • Dasar dan Objektif Kualiti
    • Piagam Pelanggan
    • Penguatkuasaan Dasar Dan Prinsip Bagi Program Pengajian JPPKK
  • JABATAN & UNIT
    • Pengurusan Akademik
    • Pengurusan Sokongan Akademik
    • Direktori Staf
    • Soalan Lazim
  • AKADEMIK
    • Program Pengajian
    • Sistem Pengajian
    • Outcome Based Education
    • Agensi Kelayakan Malaysia
    • Lembaga Jurutera Malaysia (BEM)
    • Akreditasi
  • PENYELIDIKAN
    • Kepakaran
    • Penyelidikan Dan Inovasi
      • Jurnal: Volume 01, Number 01
      • Pembentangan Kertas Kerja Pensyarah
      • Pembentangan Kertas Kerja Cie-Tvet 2015
    • Prosiding Kolokium PTSB 2014
    • Koleksi Kertas Penyelidikan
  • SUMBER
    • Penerbitan
      • Pekeliling/Arahan dan Garis Panduan
      • Buku & Majalah
      • Laporan Tahunan
      • Buletin
      • Brosur
      • Pelan Strategik PTSB
      • Buku Panduan Pelajar
    • Galeri
      • Borang-Borang
      • Gambar
      • Keratan Akhbar
      • Kemudahan
    • Portal
      • Pengumuman
      • Berita
      • Jawatan Kosong
      • Takwim
    • Manual/Panduan Pengguna
  • UTAMA
  • MENGENAI KAMI
    • Perutusan Pengarah
    • Pengurusan Tertinggi
    • Latar Belakang
    • Polisi Keselamatan Siber
    • Perkhidmatan
    • Carta Organisasi
    • Logo Rasmi
    • Alumni
    • Pengiktirafan dan Pensijilan
  • KUALITI
    • Visi dan Misi
    • Dasar dan Objektif Kualiti
    • Piagam Pelanggan
    • Penguatkuasaan Dasar Dan Prinsip Bagi Program Pengajian JPPKK
  • JABATAN & UNIT
    • Pengurusan Akademik
    • Pengurusan Sokongan Akademik
    • Direktori Staf
    • Soalan Lazim
  • AKADEMIK
    • Program Pengajian
    • Sistem Pengajian
    • Outcome Based Education
    • Agensi Kelayakan Malaysia
    • Lembaga Jurutera Malaysia (BEM)
    • Akreditasi
  • PENYELIDIKAN
    • Kepakaran
    • Penyelidikan Dan Inovasi
      • Jurnal: Volume 01, Number 01
      • Pembentangan Kertas Kerja Pensyarah
      • Pembentangan Kertas Kerja Cie-Tvet 2015
    • Prosiding Kolokium PTSB 2014
    • Koleksi Kertas Penyelidikan
  • SUMBER
    • Penerbitan
      • Pekeliling/Arahan dan Garis Panduan
      • Buku & Majalah
      • Laporan Tahunan
      • Buletin
      • Brosur
      • Pelan Strategik PTSB
      • Buku Panduan Pelajar
    • Galeri
      • Borang-Borang
      • Gambar
      • Keratan Akhbar
      • Kemudahan
    • Portal
      • Pengumuman
      • Berita
      • Jawatan Kosong
      • Takwim
    • Manual/Panduan Pengguna

 

  • Pengenalan
  • Carta Organisasi
  • Soalan Lazim
  • Pengenalan
  • Carta Organisasi
  • Soalan Lazim

Pengenalan

 

Unit Penilaian & Peperiksaan adalah salah satu unit sokongan yang terdapat di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Unit ini diwujudkan serentak dengan penubuhan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah yang mula beroperasi pada 1 Mac 2002 dengan kampus sementara di Politeknik Seberang Perai (PSP). Operasinya mula dipindahkan ke kampus tetap pada 3 Mac 2003 dengan pengambilan pelajar bagi Sesi Jun 2003 seramai 498 orang. Secara umumnya Unit Peperiksaan bertanggungjawab terhadap penyelarasan hal-hal berkaitan peperiksaan akhir semester dan keputusan peperiksaan.

Unit ini terdiri daripada Ketua Unit yang bertindak menyelaras dan memudah cara dalam pengurusan berkaitan proses penilaian dan peperiksaan. Ketua Unit dibantu oleh dua orang Pegawai Peperiksaan iaitu bahagian rekod, data dan persijilan dan bahagian Pengurusan, Penilaian dan Bank Soalan. Selain itu, terdapat dua orang pembantu tadbir dan seorang pembantu am pejabat.

Unit Peperiksaan juga dibantu oleh 6 orang Penyelaras Peperiksaan Jabatan (PPJ) yang telah dilantik oleh setiap jabatan iaitu  terdiri dari pensyarah-pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Perdagangan, Jabatan Matematik Sains dan Komputer dan Jabatan Pengajian Am. Setiap jabatan mempunyai ahli jawatankuasa masing-masing dalam menjayakan dan menguruskan kerja-kerja seperti urusan bank soalan, mengemaskini data-data pelajar dan urusan berkaitan sebelum dan selepas peperiksaan dijalankan. 

Fungsi/Peranan :

Antara tugas utama yang dilaksanakan oleh Unit Penilaian & Peperiksaan adalah:

  • Proses penggubalan soalan dan melaksanakan bengkel pemasangan dan pemurnian soalan
  • Pemilihan dan penyediaan soalan peperiksaan akhir semester
  • Memantau perjalanan peperiksaan akhir semester
  • Menyediakan Jadual Peperiksaan Akhir dan Jadual Pengawasan Peperiksan Akhir
  • Memproses dan menyediakan dokumen-dokumen berkaitan keputusan peperiksaan akhir seperti Slip Keputusan, Surat Pelajar Mengulang
  • Menyediakan sijil/diploma para graduan dan urusan berkaitan persijilan
  • Menyediakan transkrip keputusan peperiksaan

Carta Organisasi

Soalan Lazim

SURAT PENGESAHAN TAMAT & TRANSKIRP SEMENTARA

1. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan surat pegesahan tamat belajar & transkrip sementara?
Pelajar boleh memuat turun surat pengesahan tamat belajar & transkrip sementara melalui aplikasi I-Exam dalam SPMP.
(Tips: Setkan sesi terakhir berada di politeknik)
2. Bilakah saya boleh mendapatkan transkrip sebenar?
Pelajar boleh mendapatkan transkrip sebenar samada semasa mengambil beserta sijil diploma semasa konvokesyen atau selepas selesai Mesyuarat Lembaga.

 

SALINAN SIJIL DAN TRANSKRIP

1. Apakah syarat-syarat untuk saya dapatkan salinan (gantian) sijil atau traskrip yang hilang?

Lulusan perlu menyediakan perkara-perkara seperti di bawah :

  • Akuan Bersumpah @ Laporan Polis berkaitan kehilangan sijil@transkrip.
  • Surat Rasmi permohonan salinan sijil@traskrip kepada Pengarah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.
  • Wang Pos RM 50.00 untuk setiap sijil & RM 20.00 untuk setiap trasnkrip.
2. Bagaimanakah untuk mendapatkan salinan sijil@trasnkirp dalam Bahasa Inggeris?
  Syarat-syarat untuk mendapatkan sijil@trasnkirp dalam Bahasai Inggeris adalah sama seperti syarat-syarat sijil gantian.
3. Bagaimana cara permohonan gantian sijil atau transkrip yang rosak disebabkan bencana?
  Lulusan perlu memohon dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh ditimpa bencana beserta dokumen sokongan yang disahkan oleh pihak berkuasa berkenaan aduan kerosakan disebabkan bencana

 

PEMINDAHAN KREDIT & PENGECUALIAN KURSUS (CTCE)

1. Apakah itu Pemindahan Kredit & Pengecualian Kursus?

Pindah kredit adalah proses memindahkan kredit kursus yang telah diambil oleh pelajar dalam sesuatu program ke program yang lain yang membawa kepada penganugerahan kelayakan yang ditawarkan oleh institusi yang sama atau institusi yang berbeza. Proses ini membolehkan kredit bagi kursus tersebut dikira sebagai sebahagian daripada keperluan kredit untuk bergraduat bagi program tersebut. Pada asasnya, kursus yang boleh dipindah kredit adalah kursus yang setara dengan kursus di program yang sedang diikuti.


Pengecualian kursus adalah proses mengecualikan seseorang pelajar daripada mengambil kursus dalam program yang diikuti atas sebab-sebab tertentu. Pengecualian ini tidak menyebabkan pelajar mendapat kredit bagi kursus yang dikecualikan. Oleh itu, pelajar perlu menggantikan kursus yang dikecualikan dengan kursus yang lain bagi mencukupkan keperluan kredit untuk bergraduat.
(Sumber: Garis Panduan CTCE Edisi 2020)

2. Apakah syarat umum dan kaedah permohonan CTCE?
Pelajar boleh merujuk Garis Panduan CTCE Edisi 2020 yang boleh di muat turun di link berikut:
https://www.mypolycc.edu.my/index.php/muat-turun/garis-panduan-c/bahagian-kurikulum/send/12-bk/625-garis-panduan-ctce-edisi-2020
Atau boleh menghubungi Penasihat Akademik masing-masing untuk maklumat lanjut.

 

RAYUAN KEPUTUSAN

1. Apakah jenis-jenis rayuan keputusan?
  • Rayuan Keputusan.
  • Semakan Semula Kertas Peperiksaan Akhir.
2. Apakah kaedah permohonan rayuan keputusan?
Menyediakan surat rasmi rayuan keputusan kepada Pengarah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.
 
Jenis Rayuan Jumlah Bayaran
Rayuan Keputusan RM 50.00
Semakan Semula Kertas Peperiksaan Akhir RM 25.00

 

BAIKI KURSUS

1. Apakah syarat umum untuk baiki kursus?
• Hanya kursus yang mendapat gred C-, D & D+ yang dibenarkan untuk dibaiki
• Kursus tersebut belum pernah dibaiki sebelum ini.
• Jumlah jam kredit pada semester yang terlibat < 20 jam kredit
• Tidak melampaui tempoh maksimum pengajian
2. Bagaimanakah kaedah permohonan baiki kursus?
• Borang boleh diperolehi dari Unit Peperiksaan
• Mendapatkan tandatangan PA dan KJ
• Hantar salinan borang permohonan berserta senarai daftar kursus ke unit peperiksaan dan Unit Latihan Industri (pelajar sem akhir)
  • Kulim Hi-Tech Park 09090 Kulim Kedah
  • 014-7555318/014-7555319/04-4033333
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Waktu Pejabat
  •    8.00 Pagi – 5.00 Petang

Pengiktirafan dan Pensijilan

Notis Hak Cipta

Dasar Privasi

Dasar Keselamatan

Penafian

Anda pelawat yang ke 258744

Ke Atas