Pengenalan
Visi PPDM Menjadi peneraju dalam pembangunan bahan digital dan multimedia yang inovatif, menyokong kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran selari dengan aspirasi Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Misi PPDM Menyediakan perkhidmatan pembangunan, sokongan teknikal dan latihan yang berkualiti dalam bidang media digital dan multimedia, demi memperkasa kaedah pengajaran moden di PTSB. |
|
Objektif PPDM
- Meningkatkan penggunaan teknologi pengajaran dalam PdP secara menyeluruh di PTSB.
- Menyediakan latihan dan pendedahan praktikal kepada pensyarah dalam aspek penyelidikan, reka bentuk dan pembangunan bahan media digital.
- Menawarkan khidmat nasihat profesional berkaitan pembangunan sistem media dan multimedia.
- Menyokong usaha pendigitalan bahan akademik melalui kolaborasi strategik dengan warga PTSB.
Fungsi Utama PPDM
- Memperkasa Penggunaan Teknologi Pengajaran
Mempromosikan penggunaan teknologi pengajaran terkini dalam pengajaran dan pembelajaran di PTSB. - Latihan & Pendedahan Profesional
Menyediakan pengalaman teori dan praktikal kepada pensyarah dalam penyelidikan, reka bentuk, pembangunan dan penggunaan peralatan media seperti audio visual, fotografi serta perkhidmatan rekaan grafik. - Khidmat Nasihat Pakar
Memberikan nasihat dan maklumat berkaitan rekabentuk dan pembangunan sistem audio visual, fotografi dan multimedia kepada warga PTSB. - Sokongan Teknikal & Spesifikasi Perolehan
Menyediakan spesifikasi teknikal serta sokongan dalam urusan perolehan peralatan media yang sesuai dan berkesan untuk keperluan PdP.