Pengenalan
Unit Pembangunan & Senggaraan berperanan meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada warga Politeknik Kulim. Ini dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti yang dapat menjanjikan keindahan, keselesaan, kesihatan dan keselamatan persekitaran fizikal PTSB. Projek-projek pembangunan yang bersesuaian dilakukan secara berperingkat demi memenuhi keperluan semasa warga PTSB.
Fungsi / Peranan :
-
Menyediakan perkhidmatan fasiliti terbaik kepada staf dan para pelajar PTSB
-
Merekabentuk dan mentadbir persekitaran PTSB yang kondusif agar menyumbang kepada kecemerlangan akademik
-
Menjalankan kerja-kerja penyenggaraan bagi seluruh kemudahan infrastruktur PTSB