Pengenalan
Unit Pengurusan Aset dan Stor PTSB ditubuhkan bagi tujuan untuk mengurus semua Aset Kerajaan dan juga mengurus Stor PTSB secara cekap, teratur dan berkesan mengikut peraturan yang telah ditetapkan dalam 1PP.
Fungsi / Peranan
- Memastikan semua perolehan aset yang dikategorikan sebagai Harta Modal dan Aset Bernilai Rendah didaftarkan dan direkodkan dalam Sistem Pengurusan Aset (SPA).
- Menguruskan pelantikan Pegawai Pemeriksa Aset, Lembaga Pemeriksa Pelupusan, Jawatankuasa Penyiasat dan Pemverifikasi Stor.
- Menyelaraskan Laporan Suku Tahun untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan setiap tiga bulan sekali.
- Menyediakan dan mengemukakan Laporan Eksekutif Pengurusan Aset Kerajaan ke Perbendaharaan Malaysia sebelum 15 Mac tahun berikutnya.