Pengenalan
Unit Keusahawanan bertindak sebagai penggerak utama dalam meningkatkan tahap inovasi, kreativiti dan daya saing sesebuah negara. Ia telah diakui sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi di Malaysia. Untuk merealisasikan misi dan visi Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah telah menubuhkan Unit Keusahawanan pada yang mana objektif utama ditubuhkan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Program yang diatur oleh Unit Keusahawanan ini bertujuan memberikan pendedahan asas kepada para pelajar supaya lebih ramai usahawan berjaya dilahirkan di dikalangan graduan politeknik. Oleh itu, dengan wujudnya unit ini, ia dapat menarik minat pelajar-pelajar untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.