KEBERKESANAN KAEDAH PENERAPAN DAYA CIPTA DALAM PEMBELAJARAN BERDASARKAN MASALAH (PBL)


ABSTRAK

Daya Cipta “creativity” merupakan salah-satu elemen penting terutama sekali kepada pelajar kejuruteraan mekanikal dalam meningkatkan keboleh-pasaran diri. Kursus berbentuk “capstone” di Politeknik dan Kolej Komuniti yang lazimnya memfokuskan kepada penghasilan suatu reka bentuk produk atau sistem amat memerlukan pelajar mengaplikasikan daya cipta mereka. Namun demikian berdasarkan kepada penilaian pensyarah terhadap atribut ini mendapati bahawa lazimnya kumpulan pelajar akan mendapat markah yang sederhana dari segi kebolehan daya cipta. Kekurangan ini menjejaskan keupayaan pelajar untuk mengetengahkan idea baru atau penyelesaian kreatif yang lebih baik. Kertas kajian ini akan membincangkan perlaksanaan kaedah peningkatan daya cipta dan keberkesanannya terhadap pelajar kursus J5012 Projek Kejuruteraan Mekanikal. Seramai 36 orang pelajar Program Diploma kejuruteraan mekanikal PTSB telah dipilih untuk menjawab soal-selidik berdasarkan persoalan kajian yang dikehendaki. Hasil dapatan jelas menunjukkan pelajar yang didedahkan dengan teknik pemikiran kreatif lebih berupaya menghasilkan idea yang lebih baik. Kaedah sumbang saran pula merupakan kaedah penyelesaian kreatif yang paling popular di kalangan pelajar dengan 61% pelajar faham dan telah berjaya menggunakannya dengan baik.

Oleh :
En. Mohd Rizal Bin Lias
Pn. Nor Hatini Binti Baharin