KUALITI KEPUASAN PERKHIDMATAN PELANGGAN TERHADAP ICT (TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI) DI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)


ABSTRAK


Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kualiti kepuasan perkhidmatan pelanggan terhadap ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Kajian yang menggunakan kaedah tinjauan ini telah dijalankan ke atas 50 orang staf dan 376 orang pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Data kajian ini telah dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif (skor min) dan kaedah statistik inferensi (ujian-t) dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science Version 12.0. Hasil ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap 0.05 terhadap tahap kepuasan perkhidmatan sistem rangkaian di kalangan staf dan pelajar. Hasil kajian ini juga menjelaskan bahawa penyediaan peralatan dan perkakasan ICT yang disediakan dapat menyokong kehendak pelanggan dalam aktiviti pembelajaran di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Hasil ujian- t menunjukkan tidak terdapat perbezaan statistik yang signifikan terhadap tahap kepuasan peningkatan perkhidmatan sistem aplikasi di kalangan staf dan pelajar. Hasil kajian ini telah menunjukkan tahap kepuasan pelanggan terhadap ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berada di tahap sederhana dan perlu dipertingkatkan lagi.

Oleh :
Puan Akma Binti Che Ishak