PENGUASAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI KALANGAN GURU TEKNIKAL SEKOLAH MENENGAH HARIAN AKADEMIK DAERAH BATU PAHAT, JOHOR
ABSTRAK
Pendidikan teknik dan vokasional memainkan peranan penting dalam melahirkan sumber manusia yang kompeten melalui teori dan praktikal. Tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi mengkaji sama ada guru teknikal menguasai pengajarannya. Penguasaan di dalam kajian ini merujuk kepada beberapa aspek iaitu pengalaman, pengetahuan, kemahiran, sikap dan refleksi guru dalam memastikan kelancaran pemindahan ilmunya. Kajian ini hanya melibatkan lima subjek di dalam program Mata Pelajaran Vokasional (MPV) yang dilaksanakan di tiga buah sekolah di dalam daerah Batu Pahat, Johor. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah dua set borang soal selidik untuk guru dan pelajar. Data yang diperolehi dianalisis oleh perisian Statistical Package for Social Science 11.5 bagi mendapatkan analisis statistik deskriptif bagi menginterpretasi data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penguasaan guru teknikal adalah berada pada tahap yang baik. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan penekanan serius dalam usaha memantapkan perlaksanaan MPV terutamanya berkaitan dengan peningkatan penguasaan kemahiran guru teknikal.
Oleh :
Pn. Intan Shafinaz Binti Abdul Razak