PEROLEHAN ILMU MELALUI PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN DI KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH


ABSTRAK


Tujuan kajian adalah untuk mengkaji perolehan ilmu melalui penggunaan perpustakaan di kalangan pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Rekabentuk penyelidikan yang digunakan ialah jenis kaedah deskriptif yang melibatkan 120 pelajar dengan menggunakan instrumen soal selidik. Alat statistik yang telah digunakan dalam kajian ini ialah statistik deskriptif min dan peratusan. Skor item dibuat berdasarkan skil Likert 4. Bagi memudahkan analisis data statistik dan menjamin ketepatan pengiraan, semua skor bagi setiap item akan dicerapkan ke dalam perisian The Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) (Norusis 1988). Sebelum data dianalisis, kebolehpercayaannya diuji menggunakan kaedah ujian Alpha Cronbach (atau Kuder Richardson) yang terdapat dalam perisian tersebut bagi memastikan kesahihannya. Hasil dapatan menunjukkan pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah lebih cenderung menggunakan internet dan konsep perbincangan di perpustakaan sebagai sumber ilmu berbanding dengan kaedah konvensional iaitu melalui pembacaan buku.

Oleh :
Pn. Raja Intan Zarina Binti Raja Zaki Hashim
Pn Juliah Binti Sulaiman