Penyampaian watikah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah berjaya dilaksanakan pada tanggal 8 Januari 2018 dalam satu majlis tertutup. Penyampaian watikah ini telah berjaya disempurnakan oleh Tuan Pengarah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) sendiri iaitu Mejar (K) Mohd Noor bin Shahudin. Seramai 28 orang barisan MPP menerima watikah kali ini setelah memenangi pilihanraya kampus yang telah dilaksanakan pada 20 Disember 2017 yang lalu. Dalam majlis tersebut, Tuan Pengarah turut menyampaikan amanat beliau kepada barisan MPP kali ini. Hadir bersama pada majlis tersebut adalah Timbalan Pengarah Akademik iaitu Tuan Haji Shamsul Bahrain bin Md Yusof, Timablan Pengarah Sokongan Akademik iaitu, Encik Mohd Yusaini bin Mohamed Ali, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (KJHEP) iaitu Ustaz Hamzan bin Harun, Ketua-ketua Jabatan dan penasihat-penasihat MPP. Dengan penyampaian watikah tersebut secara rasminya tergalaslah tanggungjawab barisan MPP sebagai pemimpin pelajar di PTSB dan adalah diharapkan agar kebajikan pelajar terbela dan kecemerlangan siswa sisiwi PTSB dipertingkatkan lagi.

Majlis Watikahm Pelantikan MPP Sesi 2017 2018-all1

Majlis Watikahm Pelantikan MPP Sesi 2017 2018-all2

Majlis Watikahm Pelantikan MPP Sesi 2017 2018-all3

Majlis Watikahm Pelantikan MPP Sesi 2017 2018-all4

Majlis Watikahm Pelantikan MPP Sesi 2017 2018-all5

Majlis Watikahm Pelantikan MPP Sesi 2017 2018-all6