𝐉𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐏𝐫𝐨𝐦𝐨𝐬𝐢 𝐏𝐓𝐒𝐁 𝐝𝐢 𝐊𝐚𝐫𝐧𝐢𝐯𝐚𝐥 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐠. 𝐏𝐞𝐭𝐚𝐧𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐝𝐢 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐄𝐥𝐢𝐭𝐞, 𝐒𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢 𝐏𝐞𝐭𝐚𝐧𝐢, 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡
SUNGAI PETANI, 13 Mei 2025 - Jelajah promosi kemasukan ke Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) sedang berlangsung bersempena Karnival Pendidikan Sg. Petani Tahun 2025 bertempat di Dewan Elite, Sungai Petani, Kedah.
Buat ibu bapa, waris dan pelajar-pelajar lepasan SPM 2024 yang masih tercari-cari dan perlukan bimbingan untuk kemasukan anak-anak tuan/puan ke institusi pendidikan tinggi, manfaatkan ruang dan peluang untuk singgah bertemu mata dengan pegawai kami di sini.
Kami ada di sini sehingga jam 4 petang nanti.
Datang cari kami ya! 

