ย 
BATU FERRINGHI - Komitmen Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) dalam mendidik pelajar menjadi pengguna bijak diterjemah menerusi penyertaan aktif dalam Program Gerakan Pengguna Siswa (GPS) 2025 anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang diadakan baru-baru ini.
Bertempat di Bayview Beach Hotel, Batu Feringgi, Pulau Pinang, program ini menghimpunkan walkil pelajar dari pelbagai institusi pengajian tinggi bagi memperkukuh ilmu kepenggunaan melalui aktiviti interaktif, pertandingan dan sesi advokasi.
PTSB telah diwakili oleh En. Muhammad Taufik bin Abdul Talib selaku penyelaras program bersama dua orang pelajar, Nurin Alia binti Hasrizal dan Muhd Zaem bin Nor Azam. Nurin Alia memenangi naib johan dalam pertandingan Kuiz Kahoot serta hadiah saguhati dalam Media Digital manakala Muhd Zaem meraih tempat ketiga dalam Media Digital.
โ€œPencapaian ini membuktikan bahawa pelajar politeknik juga berupaya bersaing dan menyerlah di platform kebangsaan,โ€ kata penyelaras program, Encik Muhammad Taufik.
Sebagai sokongan terhadap usaha mendidik generasi celik pengguna, KPDN turut menyalurkan bantuan one-off sebanyak RM1,000 kepada GPS PTSB bagi melancarkan pelaksanaan program advokasi di peringkat politeknik.
Penyertaan ini jelas menunjukkan peranan institusi pendidikan tinggi dalam membentuk warganegara bermula dari generasi muda supaya peka terhadap hak dan tanggungjawab sebagai pengguna.
ย 
Foto dan pelaporan:
Muhammad Taufik bin Abdul Talib
Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEP)