πππ§π¬π²ππ«ππ‘ ππππ πππ’π‘ ππ’π§π ππ ππ¦ππ¬ ππ’ πππππ ππ πππ§π ππ§ ππ§π¨π―ππ¬π’ πππ
Β
KULIM β Tiga pensyarah perakaunan dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) mencipta kejayaan membanggakan apabila projek pembentangan mereka membawa pulang pingat emas dan tempat ketiga dalam Pertandingan Inovasi & Kreativiti (PNICC 25) Peringkat Kebangsaan bagi kategori Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang berlangsung secara dalam talian baru-baru ini.
Pasukan tersebut terdiri daripada Puan Kasmira Gupta a/p Baldev Raj, Puan Charanjeet Kaur a/p Amtar Singh dan Puan Noorsariza binti Mat Saad dari Jabatan Perdagangan membentangkan projek inovatif bertajuk DAT Edu Zone (DEZ) iaitu sebuah platform pembelajaran digital berasaskan web dan aplikasi mudah alih.
DEZ dibangunkan sebagai hab pembelajaran mesra pengguna yang membolehkan pelajar mengakses nota kuliah, jadual kelas serta pautan penting seperti SPMP PTSB, CIDOS, E-jadual dan ChatGPT dalam satu tempat, lengkap dengan fungsi merekod kehadiran secara masa nyata berasaskan cloud.
Menurut Puan Kasmira, platform ini dibangunkan dengan fokus kepada keperluan sebenar pelajar masa kini.
"Platform DEZ sangat bermanfaat kerana ia menyokong pembelajaran kendiri pelajar secara fleksibel. Pelajar mempunyai pelbagai sumber rujukan seperti nota yang tersusun rapi dan pautan aplikasi lain yang boleh diakses pada bila-bila masa."
Pertandingan anjuran Politeknik Metro Johor Bahru ini membawa tema βKreativiti TVET Menjana Transformasiβ selari dengan matlamat memperkukuh inovasi dalam sistem pendidikan TVET negara.
Β
Pelaporan:
Noorsariza binti Mat Saad
Jabatan Perdagangan
Β
Pereka:
Ahmad Faidz Md. Isa
Pusat Pembelajaran Bahan Digital & Multimedia (PPDM)
Β
