ย 
KULIM โ€“ โ€œYakin Bolehโ€ dipilih sebagai tema Hari Belia Negara (HBN) 2025, membawa mesej jelas bahawa golongan belia perlu percaya kepada potensi diri untuk terus maju dalam menghadapi cabaran masa hadapan.
Bersempena sambutan itu, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) turut mengambil inisiatif menyemarakkan semangat belia melalui Majlis Bacaan Ikrar Belia Malaysia yang diadakan bersama para pelajar pada 15 Mei yang lalu.
Majlis tersebut menyaksikan Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) PTSB, Tengku Danial Isyraf AL-Habshee bin Tengku Iftikhar Razik mengetuai bacaan ikrar disambut oleh pelajar-pelajar yang hadir.
โ€œSemangat Yakin Boleh bukan hanya laungan semata-mata, ia adalah prinsip yang perlu dipasakkan dalam jiwa setiap belia,โ€ kata Tengku Danial ketika ditemui selepas majlis.
Bacaan Ikrar Belia Malaysia ini adalah antara pengisian utama di bawah inisiatif Semarak HBN yang turut dilaksanakan di institusi pendidikan dan latihan kemahiran seluruh negara dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan serta kementerian-kementerian berkaitan.
ย 
Foto dan pelaporan:
Nina Azlina binti Zakaria
Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK)
ย