KULIM, 21 Mei 2025 - Mesyuarat pengurusan tertinggi Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) bersama Batalion Kedua Rejimen 513 Askar Wataniah yang berlangsung pagi ini memantapkan ruang kerjasama bagi pelaksanaan Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela dan Latihan Berterusan Persediaan Maalptac Siri 16/2025.
Tumpuan perbincangan menjurus kepada penyelarasan fasiliti latihan, penginapan serta sokongan logistik demi memastikan kelancaran program yang bakal menyemarakkan semangat patriotisme dan disiplin tinggi.
Inisiatif ini bukan sahaja memperkukuh jalinan strategik antara PTSB dan pihak Askar Wataniah malah turut memberi peluang kepada warga untuk menyumbang dalam aspek pertahanan negara secara sukarela dan berstruktur.
Kerjasama berterusan ini diharap menjadi pemangkin kepada pembentukan generasi muda yang bersedia menyahut cabaran bukan hanya di bilik kuliah tetapi juga dalam mempertahankan tanah air tercinta.
 
Foto dan pelaporan:
Lt M Normawar binti Ali
Pegawai Wataniah PTSB