ย 
PENAMPANG - Dua atlet karate Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah membuktikan kemampuan mereka di pentas nasional apabila berjaya meraih pingat dalam Kejohanan Karate U14, Kadet, Junior & Senior Kebangsaan ke-33 Tahun 2025 yang berlangsung baru-baru ini di Dewan Kebudayaan Sabah, Penampang.
Monisha a/p Yayadi cemerlang meraih pingat perak dalam kategori senior selepas mara ke perlawanan akhir manakala Muhammad Ammar bin Sirajudeen turut mengharumkan nama PTSB dengan kejayaan meraih pingat gangsa dalam kategori sama.
Kedua-dua atlet ini merupakan antara tonggak utama pasukan karate Kedah yang kini giat melakukan persiapan menghadapi temasya SUKMA 2026. Pencapaian ini bukan sahaja menyuntik semangat mereka untuk kekal optimis malah menjadi penanda aras penting dalam mengukur prestasi masing-masing.
Menurut Monisha, walaupun terpaksa akur terhadap pihak lawan yang jelas lebih mendominasi dan menyerlah menyebabkannya tewas di peringkat akhir, pengalaman berharga yang diperoleh dari kejohanan berprestij ini dijadikan pemangkin untuk beliau memperbaiki prestasi. Muhammad Ammar pula mempamerkan prestasi memberangsangkan berjaya menaiki podium meskipun terkandas di separuh akhir.
Ketua Jurulatih Pasukan Karate Kedah, Master Sureshkumar menyifatkan kejohanan ini sebagai platform penting dalam pembangunan bakat sukan karate negeri.
โ€œTeruskan berusaha dan tingkatkan semangat juang. Yakin, Kedah boleh!โ€ ujarnya dengan penuh optimis.
Pencapaian membanggakan ini jelas menunjukkan bahawa atlet PTSB โ€œbukan kaleng-kalengโ€ serta mampu bersaing sebaris dengan atlet-atlet hebat seluruh negara dan tidak mustahil sebagai batu loncatan menggilap potensi mereka melakar nama di peringkat dunia kelak.
ย 
Foto dan pelaporan:
Muhammad Khairul Farhan bin Khairul Anuar
Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK)
ย