Β
KULIM, 22 Mei 2025 β Bertempat di Kompleks Sukan, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), program Aerodance & Zumba anjuran PUSPANITA PTSB telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan menggalakkan daripada sebahagian βwanita-wanita besiβ di PTSB.
Program yang dianjurkan melalui Biro Sukan dan Biro Kesihatan ini turut mendapat kerjasama erat daripada Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK). Lebih menarik, Pengerusi PUSPANITA PTSB, Puan Norlia binti Md Desa turut hadir bersama-sama peserta memeriahkan suasana pagi dengan semangat positif dan penuh bertenaga.
Dengan iringan muzik rancak dan rutin senaman yang menyeronokkan, peserta bukan sahaja dapat meningkatkan kecergasan fizikal malah berpeluang merapatkan silaturrahim sesama warga dalam suasana santai dan ceria.
Program ini membuktikan bahawa aktiviti sukan ringan seperti zumba dan aerodance bukan sekadar riadah tetapi juga merupakan platform efektif dalam membudayakan gaya hidup sihat di tempat kerja.
Tahniah kepada PUSPANITA PTSB atas penganjuran yang bermanfaat. Semoga inisiatif seperti ini diteruskan pada masa akan datang demi kesejahteraan dan kebersamaan komuniti PTSB.
Β
Foto dan pelaporan:
Nina Azlina binti Zakaria
Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK)
Β
