Dengan kerjasama Bahagian Biasiswa Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Unit CISEC Jabatan Kejuruteraan Mekanikal satu Taklimat bersama Yayasan Sime Darby telah diadakan di Dewan Kuliah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.

Taklimat berkenaan Program Biasiswa dan Program Dermasiswa ini telah disampaikan oleh Puan Hartini Binti Awang, Senior Eksekutif Yayasan Sime Darby (YSD). Beliau telah menerangkan mengenai ruang dan peluang yang wujud bersama Yayasan Sime Darby (YSD) dan memaklumkan bahawa tajaan kali ini bukan sahaja untuk lepasan diploma menyambung pengajian dalam negara, bahkan mereka juga menaja mereka untuk menyambung sarjana muda ke luar negara.

Semua pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal yang lain perlu mengambil peluang ini bagi menyambung pengajian di peringkat Sarjana Muda. Tawaran dan permohonan biasiswa akan dibuka mulai Mac setiap tahun melalui website rasmi YSD iaitu http://www.yayasansimedarby.com/.

Yayasan Sime Darby Bersama Pelajar Jurusan Diploma JKM 2018-all2

Yayasan Sime Darby Bersama Pelajar Jurusan Diploma JKM 2018-all1

Yayasan Sime Darby Bersama Pelajar Jurusan Diploma JKM 2018-all3Yayasan Sime Darby Bersama Pelajar Jurusan Diploma JKM 2018-all4