Seramai 400 pengunjung telah mengunjungi Karnival Pendidikan Tinggi Kulim yang telah diadakan di PTSB.
Menurut Pensyarah PTSB, Puan Charanjeet Kaur, karnival yang diadakan untuk kali ke 13 ini adalah kesinambungan daripada program fasa pertama yang telah diadakan di UniKL baru-baru ini.
Program ini berlangsung dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Pelajar pelajar lepasan SPM dan STPM dan juga calon SPM pada tahun ini turut hadir. Begitu juga guru-guru dari sekolah menengah dan rendah termasuk waris pelajar.
Wakil-wakil institusi yang mengambil bahagian dalam karnival ini memanfaatkan ruang untuk memberikan pencerahan mengenai pilihan pengajian kepada pelajar cemerlang hingga yang kurang cemerlang.
Program ini turut dijayakan dengan kehadiran IPTA, ILKA dan POLYCC. Pada masa yang sama, peranan TVET diberikan penekanan agar para pelajar memahami kepentingan bidang ini dalam pembangunan negara.
"Karnival ini turut mendapat sambutan dalam kalangan pelajar berbangsa India dari dalam dan luar daerah Kulim", ujar Puan Charanjeet.
Haji Mohd Ruzi Hamzah, Pengarah PTSB menzahirkan kesyukuran apabila karnival ini dihadiri hampir 400 pengunjung lebih-lebih lagi apabila berjaya mendapat perhatian target sasaran.
 
Terjemahan:
Puan Charanjeet Kaur