Seluruh warga Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Hj. Mohd Ruzi bin Hamzah atas pelantikan sebagai Pengarah Politeknik Seberang Perai berkuat kuasa pada 03 Jun 2025.
Kami juga merakamkan penghargaan yang tidak terhingga atas segala jasa, komitmen dan kepimpinan cemerlang tuan sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Pengarah PTSB.
Kami doakan semoga tuan dikurniakan kesihatan yang baik, diberi kelancaran dalam mengurus tadbir di tempat baharu serta diberkati dengan kejayaan dalam meneruskan kecemerlangan TVET negara.
Selamat maju jaya tuan, jasamu dikenang.
Ikhlas daripada
Seluruh Warga PTSB