Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada warga yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2024.
Anugerah ini adalah pengiktirafan atas dedikasi, integriti dan komitmen tinggi dalam melaksanakan tugas serta menyumbang secara signifikan kepada kecemerlangan politeknik.
PTSB amat menghargai usaha dan semangat yang ditunjukkan oleh setiap penerima dan berharap agar anugerah ini menjadi pendorong untuk terus proaktif dalam menyokong agenda pendidikan TVET negara.
Syabas dan tahniah sekali lagi buat semua penerima.
Teruskan memberi inspirasi dan menjadi contoh teladan kepada seluruh warga PTSB.
Pereka:
Ahmad Faidz Md Isa
Pusat Pembelajaran Digital & Multimedia (PPDM)
