Sekalung tahniah diucapkan kepada kumpulan penyelidik POLYCC atas kejayaan memperoleh geran berjumlah RM74,250.00 menerusi TVET Applied Innovation Grant Scheme (T-AIGS) bagi projek bertajuk โ€œPembangunan Sistem Sensor Pintar untuk Pemantauan Pengesanan Retakan pada Elemen Bangunanโ€.

Projek inovatif ini melibatkan gabungan kepakaran pensyarah daripada beberapa politeknik yang diketuai oleh Puan Nor Ashikin Marzuki diikuti Puan Syahida Abu Bakar dan Ts. Syamsiah Hussin dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Puan Nurul Izza Abdul Ghani dari Politeknik Ungku Omar serta Ts. Norbaiti Adzlina Basharudin dan Puan Izyan Wahida Zainuddin dari Politeknik Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah.

Sistem yang dibangunkan mencadangkan pemantauan automatik bagi rekahan bangunan melalui penggunaan dron dan kecerdasan buatan (AI) disokong dengan teknologi IoT untuk pemprosesan data masa nyata.

Melalui pendekatan ini, pemantauan di lokasi sukar dicapai dapat dijalankan secara lebih efisien dan selamat sekali gus menyumbang kepada penyelenggaraan proaktif dan penghasilan laporan teknikal automatik sejajar dengan keperluan industri pembinaan pintar masa kini.

Kejayaan ini mencerminkan komitmen pensyarah POLYCC dalam menghasilkan penyelidikan berteraskan TVET dan teknologi masa depan demi manfaat industri serta komuniti.

Pelaporan:
Ts. Norizah Ishak
Ketua Unit Penyelidikan dan Pengkomersialan (UPIK)

Pereka:
Ahmad Faidz Md Isa
Pusat Pembelajaran Digital dan Multimedia (PPDM)ย