SHAH ALAM β Pertandingan Kemahiran Peringkat Pra-Kelayakan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2025 bagi bidang Mekatronik yang berlangsung dari 17 hingga 24 Jun di Selangor Technical Development Centre (STDC), Shah Alam menjadi medan penting buat pelajar-pelajar TVET menguji tahap kemahiran teknikal dan pemikiran kritikal.
Pertandingan anjuran Selangor Technical Development Centre (STDC) dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia ini menyaksikan penglibatan aktif pelbagai institusi pendidikan teknikal termasuk Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB).
Penyertaan dua wakil pelajar PTSB dari Program Diploma Kejuruteraan Mekatronik, iaitu Muhammad Aliff Suffian dan Muhammad Haziq menunjukkan komitmen tinggi dan prestasi membanggakan sepanjang pertandingan. Kedua-dua mereka dibimbing oleh pensyarah muda berpengalaman dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Puan Normawar binti Ali dan Puan Norshahidah binti Manaf.
Menurut Puan Norshahidah, penyertaan ini merupakan satu platform penting untuk mendedahkan pelajar kepada cabaran sebenar industri.
βPertandingan ini bukan hanya menguji kemahiran teknikal tetapi juga keupayaan bekerja dalam pasukan dan menyelesaikan masalah di bawah tekanan realiti kerja sebenar,β katanya.
Muhammad Aliff Suffian pula menyifatkan pengalaman menyertai pertandingan tersebut mengajarnya mempersiapkan diri dengan sebanyak mungkin ilmu untuk berdepan dunia industri kelak.
βIa benar-benar menguji kesabaran dan kecekapan kami. Namun dengan bimbingan pensyarah serta tekad yang tinggi, kami dapat mengharunginya dengan baik,β katanya.
Penyertaan ini mencerminkan keberkesanan pembelajaran TVET di PTSB dan menjadi pemangkin semangat kepada pelajar untuk terus menyerlah dalam bidang kemahiran. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.
Β
Foto dan pelaporan:
Norshahidah binti Manaf
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Β

Β
Β