โ€œ๐‘ด๐’†๐’Ž๐’Š๐’Ž๐’‘๐’Š๐’ ๐’…๐’†๐’๐’ˆ๐’‚๐’ ๐‘ฏ๐’‚๐’•๐’Š, ๐‘ฉ๐’–๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’–๐’‚๐’”๐’‚โ€
ย 
KULIM, 25 Jun 2025 โ€“ Hari ini, warga Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) berhimpun bukan sekadar untuk Majlis Perhimpunan Bulanan tetapi turun pandang meraikan dan menghargai jasa mantan pengarah, Tuan Haji Mohd Ruzi bin Hamzah yang kini menyambung khidmat sebagai Pengarah di Politeknik Seberang Perai.
Majlis Perhimpunan Bulanan & Majlis Apresiasi Mantan Pengarah ini menjadi ruang untuk seluruh warga PTSB menelusuri kepimpinan beliau yang disifatkan sebagai berjiwa besar dan mendahulukan nilai kemanusiaan dalam setiap keputusan.
โ€œBeliau memimpin dengan hati, bukan kuasa. Itu yang membuatkan beliau begitu dekat di hati kami,โ€ luah Dr. Mohd Nor Azam bin Mohd Dali, Timbalan Pengarah Akademik PTSB ketika menyampaikan ucapan alu-aluan.
Tambah beliau, keprihatinan Tuan Haji Mohd Ruzi terhadap staf dan pelajar serta kesediaan beliau untuk โ€˜turun padangโ€™ dalam pelbagai program menjadikan beliau contoh pemimpin yang dihormati dan dikasihi.
โ€œSifat beliau yang selalu mendahulukan insan, nilai kemanusiaan ini yang menjadikan beliau istimewa. Terima kasih atas masa, ilmu dan kasih sayang,โ€ ujar Dr. Mohd Nor Azam dengan nada penuh penghargaan.
Dalam ucapannya, Tuan Haji Mohd Ruzi turut menitipkan pesan yang menyentuh hati warga PTSB.
โ€œPikul tugas yang diberikan kepada kita dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Selebihnya, serahkan kepada Allah. Apabila kita beri yang terbaik sepanjang berkhidmat, rezeki Allah akan bagi dalam pelbagai bentuk walau di mana sahaja kita berpijak,โ€ ujar beliau dengan tenang.
Majlis ini bukan perpisahan semata-mata tetapi cerminan kasih sayang sebuah keluarga besar terhadap seorang pemimpin yang meninggalkan jejak bermakna di mahligai ilmu yang pernah diterajuinya.
Setinggi-tinggi tahniah buat Jabatan Perdagangan PTSB atas kejayaan mengendalikan majlis yang cukup bermakna pada hari ini dengan lancar.
ย 
Foto:
Aniqah Hanis Noor Hazlan
Unit Komunikasi Korporat (UKK)
ย