Β
KULIM, 26 Jun 2025 - Majlis simbolik βFlag Offβ atlet Kontinjen POLYCC Kedah ke MyPOLYCC Sports Carnival (MSC) 2025 telah berlangsung penuh semangat di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), hari ini.
Dr. Samsul bin Abd Rashid yang mewakili Pengarah PTSB menyerahkan bendera Kedah kepada wakil atlet sebagai simbol pelepasan rasmi. Turut hadir memberi amanat ialah Encik Rizal Kasyrno bin Ghazali, Pengarah Kolej Komuniti Kulim dan Encik Zahrul bin Zakaria, Pengarah Kolej Komuniti Sik.
Majlis ini juga menyaksikan bacaan ikrar oleh semua atlet POLYCC Kedah menandakan kesediaan mereka menyahut cabaran MSC 2025. Latihan pusat telah bermula di PTSB pada 21 Jun 2025 bagi sukan bola jaring, bola sepak, badminton dan tenpin bowling.
Semoga peroleh kejayaan dalam usaha mengharumkan nama POLYCC Kedah. Selamat berjuang kontinjen Kedah!
Pelaporan:
Nina Azlina binti Zakaria
Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK)
Foto:
Aniqah Hanis binti Noor Hazlan
Unit Komunikasi Korporat (UKK)
Β
