ย
KULIM โ Dalam usaha mendekatkan dunia politeknik kepada pelajar sekolah menengah, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) menerusi Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah menganjurkan Program PSH INSPIRETECH: Future Engineer Camp bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, semalam.
Program yang menghimpunkan pelajar Tingkatan 4 dan 5 itu menjadi platform pendedahan awal kepada kursus-kursus teknikal dan peluang pendidikan dalam bidang TVET.
โPendedahan sejak di bangku sekolah menengah amat penting untuk membentuk minat pelajar terhadap kejuruteraan dan teknologi,โ ujar Dr. Segar a/l Raja Manickam.
Sepanjang program, peserta dibahagikan kepada empat kumpulan dan dibawa mengikuti aktiviti amali di stesen berkaitan empat program utama Jabatan Kejuruteraan Elektrik iaitu Diploma Kejuruteraan Elektrik (DET), Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (DEE), Diploma Kejuruteraan Elektronik Komunikasi (DEP) dan Diploma Kejuruteraan Elektrik Komputer (DTK).
Aktiviti disusun dalam bentuk pembelajaran interaktif seperti pengaturcaraan asas, amali elektronik dan demonstrasi sistem elektrik. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan mendorong pelajar untuk lebih memahami aplikasi sebenar dunia kejuruteraan.
Perkongsian pengalaman alumni PTSB, Nurhawaida Mohd Kamal dalam sesi โIndustrial Talkโ turut membuka mata pelajar terhadap prospek kerjaya dalam industri elektrik dan komunikasi.
Usaha ini membuktikan peranan penting politeknik dalam menyemai minat STEM dan TVET dalam kalangan generasi muda.
ย
Foto dan pelaporan:
Azira binti Adnan
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
ย
