KULIM, 1 Julai 2025 - Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah membuka tirai bulan Julai dengan kehadiran pengarah baharu, Puan Hajah Norlili Juwita binti Arshad yang memulakan tugas rasmi pada pagi ini.
Ketibaan beliau disambut mesra oleh barisan pengurusan tertinggi yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Akademik, Dr. Mohd Nor Azam bin Mohd Dali dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Dr. Hj. Samsul bin Abd Rashid serta ahli mesyuarat pengurusan PTSB.
Dalam sesi suai kenal yang berlangsung ringkas tetapi bermakna, Puan Hajah Norlili menitipkan beberapa pesanan penuh hikmah.
โ€œNegara ini akan diterajui oleh generasi yang kita bentuk pada hari ini. Maka, tanggungjawab kita bukan kecil tetapi sangat besar. Segala usaha yang digerakkan di PTSB berpusat kepada pelajar. Tanpa pelajar, tiadalah kita di sini. Fokus kita perlu sentiasa kembali kepada mereka.โ€
Mengakhiri pertemuan tersebut, beliau menekankan satu prinsip penting dalam bekerja.
โ€œPersaingan sebenar bukan dengan orang lain tetapi dengan diri kita sendiri. Ayuh kita perbaiki diri, hari demi hari untuk jadi versi diri kita yang sebaiknya.โ€
Seluruh warga PTSB yakin dan percaya bahawa Puan Hajah Norlili dapat memikul tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaiknya.
ย 
Foto:
Aniqah Hanis Noor Hazlan
Unit Komunikasi Korporat (UKK)
ย