ย
๐ท๐๐๐๐๐๐ ๐ท๐ป๐บ๐ฉ ๐ฉ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฑ๐๐
๐ ๐ท๐๐๐๐๐๐๐ ๐ด๐๐
๐
KULIM โ Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) menerusi Jabatan Perdagangan dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah menjalinkan kerjasama strategik latihan industri bersama Lotusโs Stores (Malaysia) Sdn. Bhd., salah sebuah syarikat peruncitan terkemuka negara. Kerjasama ini membuka peluang kepada pelajar PTSB mengikuti latihan industri sebagai perantis muda di pelbagai cawangan Lotusโs di seluruh Malaysia.
Mesyuarat kolaborasi tersebut bertujuan menyelaraskan padanan silibus akademik dengan keperluan industri serta merangka pelaksanaan latihan industri yang efektif. Antara aspek yang dibincangkan termasuk bilangan pelajar, bidang tugas yang sesuai, struktur program, peranan mentor serta polisi syarikat dalam membimbing pelajar.
Majlis dimulakan dengan ucapan Timbalan Pengarah Akademik PTSB, Dr. Mohd Nor Azam bin Mohd Dali diikuti sesi pembentangan cadangan penempatan pelajar oleh pihak PTSB yang merangkumi aspek lokasi latihan, fasiliti sokongan, elaun, pengangkutan serta cadangan aktiviti seperti NexGenTalk, lawatan pemantauan dan peluncuran rasmi kolaborasi. PTSB turut mencadangkan pemeteraian Surat Hasrat (LoI) bersama Lotusโs dalam masa terdekat.
Pihak Lotusโs pula berkongsi struktur program serta harapan terhadap pelajar. Antara isu penting yang diketengahkan termasuk skop kerja, jangkaan prestasi dan lokasi penempatan.
โKolaborasi ini merupakan pelaburan strategik demi masa depan pelajar kami. Ia memberi pendedahan dunia sebenar serta meningkatkan kebolehpasaran graduan,โ ujar Puan Sharipah Khadijah binti S. Hashim, Penyelaras Kolaborasi JP.
PTSB optimis kerjasama ini akan memperkukuh kedudukan politeknik sebagai peneraju TVET yang responsif terhadap kehendak industri serta menyumbang kepada pembangunan tenaga kerja mahir negara.
ย
Pelaporan:
Farizoh binti Hamid
Jabatan Perdagangan
ย
Foto:
Aniqah Hanis binti Noor Hazlan
Unit Komunikasi Korporat
ย





