KULIM HI-TECH, 14 Julai 2025 - Bengkel Dokumen Kualiti ISO 9001:2015 anjuran Unit Pengurusan Jaminan Kualiti (UPJK), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah dilaksanakan sebagai satu inisiatif strategik dan langkah persiapan rapi bagi menghadapi Audit Pensijilan Semula.
Fokus utama bengkel ini bertujuan melaksanakan pemurnian dan pengemaskinian secara menyeluruh terhadap dokumen pengurusan kualiti terutamanya Manual Kualiti dan Prosedur Kualiti. Selaras dengan itu, bengkel ini juga bermatlamat untuk melengkapkan senarai induk dokumen dan rekod serta memastikan semua prosedur yang dikemaskini mematuhi amalan terkini.
Pelaksanaan bengkel ini adalah rasional bagi menambah baik sistem kawalan dokumen, meningkatkan kebolehcapaian rekod dan sebagai persediaan penting untuk menghadapi audit dalaman mahupun luaran.
Melalui usaha ini, impak yang disasarkan adalah para pemilik proses kini lebih berkemampuan untuk mengurus rekod kualiti secara lengkap dan teratur.
Matlamat akhir program adalah untuk memastikan semua dokumen yang telah disemak semula mencapai tahap pematuhan sepenuhnya terhadap piawaian yang ditetapkan dan boleh diakses dengan mudah melalui satu platform berpusat.
 
Pelaporan:
Nasreen binti Rusli
Siti Aishah binti Othman
Unit Pengurusan Jaminan Kualiti (UPJK)