KULIM HI-TECH, 16 Julai 2025 – Kelab Kebajikan dan Ukhuwah (KESAKA) dan PUSPANITA Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) dengan kerjasama Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) telah berjaya menganjurkan Sukan Staf 2025 (SUKSAF2025) dan PUSPANITA Traditional Sport Challenge (PTSC) di Kompleks Sukan PTSB.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Hajah Norlili Juwita Arshad, Pengarah PTSB.
PTSC bertanggungjawab mengendalikan acara berikut:
1. Zumba Aerodance
2. Batu Seremban
3. Congkak
4. Tuju Tin
5. Sepakan Penalti Berkain Batik
 
Sementara itu, SUKSAF2025 menampilkan acara berikut:
1. Bola Tampar (Lelaki & Wanita)
2. Petanque
3. Boling Kelapa
4. Kupas Kelapa
5. Kukur Kelapa
 
Antara jabatan yang terlibat telah menunjukkan semangat kesukanan tinggi sepanjang pertandingan. Para peserta yang terlibat terdiri daripada entiti berikut:
1. Jabatan Kejuruteraan Awam
2. Jabatan Kejuruteraan Elektrik
3. Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
4. Jabatan Perdagangan
5. Jabatan Matematik, Sains dan Komputer & Jabatan Pengajian Am
6. Unit Sokongan Akademik
 
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang mengambil bahagian. Kemeriahan acara terserlah melalui penglibatan aktif warga PTSB yang bukan sahaja menceriakan suasana dengan pelbagai telatah dan kerenah tetapi turut mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.
Program ini secara tidak langsung menggalakkan pembudayaan gaya hidup sihat di samping menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja PTSB tanpa mengira pangkat dan jawatan.
Syabas kepada penganjur dan semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.
 
Pelaporan:
Fazaliana binti Zamzuri
Biro Sosial dan Kebudayaan Puspanita PTSB
Mohd Fairul bin Rasid
Kelab Kebajikan dan Ukhuwah (KESAKA)
 
Foto:
Aniqah Hanis Noor Hazlan
Unit Komunikasi Korporat (UKK)
Jawatankuasa SUKSAF & PTSC