ย 
KULIM HI-TECH, 17 Julai 2025 โ€“ โ€œKebajikan penjawat awam bukan hanya soal gaji dan faedah tetapi juga tentang rasa dihargai dan diberi suara.โ€
Demikian antara intipati ucapan perasmian oleh Hajah Norlili Juwita Arshad, Pengarah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) semasa merasmikan Mesyuarat Agung Kesatuan DH bagi sesi 2025-2027 yang berlangsung secara hibrid di Dewan Kuliah Utama, PTSB.
ย 
Kehadiran beliau memberikan makna besar kepada lebih 1,000 ahli Kesatuan DH dari seluruh negara yang menghargai kesudian Pengarah turun padang menzahirkan sokongan kepada perjuangan kebajikan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT).
โ€œGunakan wadah ini sebaik mungkin. Suarakan pandangan secara berhikmah dan yakinlah setiap suara itu ada nilainya. Semoga Allah memberkati usaha menjaga kebajikan ini,โ€ ujar beliau penuh empati.
Abdul Latib bin Ahmad, Presiden Kesatuan DH menekankan usaha berterusan kesatuan dalam memperluas jaringan libat urus bersama pihak berkepentingan antaranya Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) serta Fauzi Agency menerusi Kifayah Care dalam memastikan kebajikan penjawat awam PPPT terus diperjuangkan secara menyeluruh dan berkesan.
Beliau turut berkongsi pelbagai pencapaian kesatuan termasuk kutipan RM40,209.00 bagi membantu ahli yang diuji dengan musibah kesihatan, inisiatif pelantikan penyelaras institusi bagi melancarkan urus tadbir serta pembangunan laman sesawang rasmi untuk urusan secara digital keahlian dan kebajikan.
ย 
Selamat maju jaya buat barisan kepimpinan baharu yang akan menerajui Kesatuan DH kelak.
ย 
ย 
ย