KULIM โ โKami harap mereka bukan sahaja menjadi pemimpin yang yakin tetapi juga faham bahawa teknologi adalah sebahagian besar masa depan mereka,โ ujar Azira Adnan selaku penyelaras program dengan optimis.
Itulah antara mesej utama yang ingin disampaikan menerusi Young Leader Tech Camp anjuran Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) yang menghimpunkan seramai 130 murid Tahun 4 hingga 6 dari Sekolah Kebangsaan Tok Dik, Padang Serai, baru-baru ini.
ย
Program sehari penuh ini mengetengahkan pendekatan dua hala yang menggabungkan kem kepimpinan dan teknikal dengan matlamat membina asas kepimpinan, kemahiran kerjasama dan pemikiran kritis sambil memberi pendedahan awal kepada bidang kejuruteraan dan teknologi.
Sesi pagi dimulakan dengan modul interaktif seperti Treasure Island dan Toxic River yang menguji kreativiti, kepantasan bertindak dan kebolehan menyelesaikan masalah secara berkumpulan. Peserta dibahagikan kepada 13 kumpulan dengan bimbingan lima orang guru pengiring.
ย
Sesi petang pula membawa mereka menyelusuri dunia teknologi melalui aktiviti robot sumo yang memberi peluang kepada setiap kumpulan mengendalikan robot mengikut laluan kawalan yang disediakan. Aktiviti ini direka bentuk bersesuaian dengan kemampuan peringkat umur mereka namun cukup untuk mencetus minat terhadap bidang teknikal.
โPendekatan ini memberi peluang kepada murid untuk meneroka potensi diri melalui pengalaman secara langsung dan menyeronokkan. Ia bukan sekadar pembelajaran tetapi satu proses mencetus inspirasi,โ tambah Azira.
Program ini turut melibatkan Unit Psikologi PTSB, pensyarah-pensyarah JKE dan guru-guru SK Tok Dik. Penganjur berhasrat agar inisiatif seperti ini dijadikan acara tahunan sebagai salah satu usaha memperkukuh hubungan strategik antara politeknik dan pihak sekolah.
ย
Dengan pendekatan menyeluruh seperti ini, PTSB percaya bahawa bakat kepimpinan dan minat terhadap teknologi mampu dipupuk seawal usia sekolah rendah ke arah melahirkan generasi yang bersedia menyahut cabaran revolusi industri 4.0.
ย
Foto dan pelaporan:
Azira binti Adnan
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
ย





