Majlis Konvokesyen Program Diploma Profesional Kejuruteraan Mekatronik 20187

Program Diploma Profesional Kejuruteraan Mekatronik bagi staf Hoya Electronics  (M) Sdn Bhd telah bermula pada Januari 2017 sehingga November 2017. Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), PTSB dengan kerjasama Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan, telah memilih kursus-kursus yang bersesuaian untuk diterapkan di dalam program ini selama 35 minggu. Kursus-kursus dipilih mengikut kesesuaian program dan keperluan industri, khususnya HOYA Electronics (M) Sdn Bhd. Seramai 22 orang staf HOYA telah berjaya menamatkan pengajian Diploma Profesional Kejuruteraan Mekatronik di PTSB. Majlis konvokesyen telah diadakan pada 12 Disember 2017 di Dewan Mu’adzam Shah, PTSB. Berdasarkan kejayaan daripada program sulung PTSB-HOYA ini, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk meneruskan  lagi program Siri Kedua bagi mencapai target untuk Pembelajaran Sepanjang Hayat di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Selain daripada itu juga, PTSB berpeluang mempromosikan PTSB sebagai pusat peneraju TVET yang mampu menyediakan pendidikan berkualiti seiring dengan keperluan industri masa kini.

Jadual 1: Jawatankuasa Induk Majlis Konvokesyen Program Diploma Profesional Kejuruteraan Mekatronik.

Bil Nama Jawatankuasa
1 Mohd Zamri Bin Hamid Penasihat
2 Fauziah Binti Zakaria Penyelaras Pelajar
3 Mohd Azmi Bin Hambali Pengarah Program
4 Kamal Irfan Bin Mohd Hasbullah Busro Timbalan Pengarah Program
5 Noriza Binti Muhamed Setiausaha 1
6 Mohamad Norizham Bin Hamzah Setiausaha 11
7 Mahfuza Binti Musa Bendahari

 

Berikut merupakan butiran aktiviti yang telah dijalankan:

Tarikh     : 12 Disember 2017 (Hari Selasa)
Masa       : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Program  : Majlis Konvokesyen Diploma Profesional Kejuruteraan Mekatronik
Tempat   : Dewan Mu’adzam Shah, PTSB

 

Sepanjang majlis konvokesyen yang berlangsung, terdapat beberapa wakil daripada pihak Hoya Electronics (M) Sdn. Bhd yang turut hadir memeriahkan majlis. Mr Teiichiro Umezawa, selaku pengarah HOYA telah diberi penghormatan untuk menyampaikan diploma kepada graduan dan pensyarah-pensyarah PTSB. Turut serta memeriahkan majlis, adalah ahli keluarga graduan bagi program Diploma Profesional Kejuruteraan Mekatronik.

 

Majlis Konvokesyen Program Diploma Profesional Kejuruteraan Mekatronik 2018-all3

Majlis Konvokesyen Program Diploma Profesional Kejuruteraan Mekatronik 2018-all2

Majlis Konvokesyen Program Diploma Profesional Kejuruteraan Mekatronik 2018-all1