PATTANI โ€“ Usaha Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) memperkukuh jaringan pendidikan serantau dan menyemai nilai kemanusiaan diterjemahkan menerusi pelaksanaan Program Khidmat Masyarakat Antarabangsa (CSR) di Songtham Suksa Pattani High School atau turut dikenali dengan Maahad Al-Fateh, Thailand.
Program selama tiga hari yang berlangsung dari 17 hingga 19 Julai yang lalu merupakan inisiatif Jabatan Pengajian Am, PTSB dengan penglibatan 25 staf sukarelawan pelbagai jabatan termasuk Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal, Hal Ehwal Pelajar serta unit sokongan.
ย 
Misi utama adalah untuk menyumbang kepada pembangunan fasiliti pendidikan dan mempererat hubungan strategik antara dua negara serumpun.
Antara pengisian program termasuk penaiktarafan infrastruktur bilik darjah dan perpustakaan serta pelaksanaan aktiviti interaktif Bahasa Inggeris bertajuk English in Motion yang dirangka bagi meningkatkan penguasaan bahasa secara kreatif dan menyeronokkan.
ย 
Menurut Izzat Amin Mohd Nasir, Ketua Jabatan Pengajian Am PTSB, program ini bukan sekadar menyumbang kepada komuniti serantau malah menjadi wadah semaian nilai insaniah dalam diri warga PTSB.
โ€œSelain menjadi saluran pemindahan ilmu, program ini memberi ruang kepada pelajar dan staf mempraktikkan kemahiran seperti komunikasi, kerja berpasukan dan kepimpinan dalam konteks sebenar,โ€ ujarnya.
Jurucakap rasmi PTSB pula menerangkan bahawa inisiatif ini selari dengan aspirasi Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti (PSPKK) serta agenda pengantarabangsaan yang digariskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
โ€œProgram ini membuktikan komitmen PTSB dalam melahirkan graduan berkemahiran tinggi yang turut cakna masyarakat dan bersemangat kesukarelawanan,โ€ jelasnya.
ย 
Pihak pengurusan sekolah menyambut baik program ini dan menyifatkannya sebagai usaha memperkayakan suasana pembelajaran serta meningkatkan minat pelajar terhadap Bahasa Inggeris. Para guru turut mendapat manfaat melalui perkongsian pedagogi dan pendekatan pengajaran praktikal yang boleh diguna pakai dalam sistem sedia ada.
Pemilihan Pattani sebagai lokasi disifatkan tepat, mengambil kira keperluan komuniti serta potensi kerjasama jangka panjang dengan PTSB.
Secara keseluruhan, misi ini membawa impak positif kepada kedua-dua pihak selain memperkukuh peranan PTSB sebagai institusi TVET bermisi global dan membuka ruang sokongan pendidikan inklusif kepada komuniti Pattani.
ย 
Foto dan pelaporan:
Suryani Sabri
Jabatan Pengajian Am
ย