KULIM – Pemahaman yang kukuh terhadap Perlembagaan Persekutuan dan konsep Negara Bangsa menjadi teras utama dalam Bengkel Training of Trainers Pensyarah Pendidikan Etika dan Peradaban (PEP) yang berlangsung di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) baru-baru ini.
 
Bengkel anjuran Jabatan Pengajian Am ini membuka ruang wacana berimpak tinggi bersama pengamal undang-undang, Dr. Ahmad Jailani bin Abdul Ghani, Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya serta Peguam Syarie berpengalaman selama 12 tahun.
 
Program yang dibahagikan kepada tiga slot utama memberi penekanan terhadap aspek sejarah, fungsi serta lima peruntukan utama Perlembagaan yang menjadi tunjang kepada pembinaan negara bangsa. Turut dibincangkan ialah cabaran serta isu-isu semasa berkaitan Perlembagaan Malaysia yang memberi kesan langsung kepada pembentukan jati diri nasional.
Sesi interaktif sepanjang bengkel telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pensyarah dengan pelbagai lontaran persoalan bagi merungkai keraguan dari sudut perundangan semasa.
Inisiatif ini dilihat sebagai usaha strategik dalam menggilap kewibawaan barisan pendidik dalam menyampaikan nilai kenegaraan secara tepat, berfakta dan kontekstual kepada generasi pelajar abad ke-21.
 
Foto dan pelaporan:
Siti Aishah Othman
Jabatan Pengajian Am