Hubungan kerja yang berteraskan komunikasi dua hala, saling memahami dan menghormati merupakan asas penting dalam menjayakan pengurusan organisasi yang mampan.
Dalam Mesyuarat Pengurusan Bilangan 7/2025, Hajah Norlili Juwita Arshad, Pengarah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) mengingatkan warga kerja agar tidak bekerja secara silo sebaliknya terus membuka ruang komunikasi dan kerjasama berasaskan toleransi dan kepercayaan bersama.
Β 
β€œKita bantu permudahkan kerja orang lain. Itu sebahagian daripada nilai profesionalisme kita,” ujar beliau.
Beliau turut menyentuh kepentingan untuk membumikan aspirasi POLYCC kepada semua lapisan warga sebagai penggerak kepada hala tuju institusi TVET. Pelaksanaan kerja yang meneladani amalan terbaik serta berpandukan hasil berimpak tinggi harus menjadi norma, bukan pilihan.
Β 
Menurut beliau, kejayaan sebenar bukan sekadar pencapaian KPI tetapi pada kesan jangka panjang yang memberi manfaat kepada organisasi dan komuniti.
Β