KULIM, 23 Julai 2025 – Unit Perpustakaan Al-Khawarizmi (UPK) Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah menganjurkan Bengkel Penerbitan Bahan (ISBN/ISSN), Pengkatalogan dalam Penerbitan dan Akta Penyerahan Bahan sebagai satu daripada Kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) pada 22 Julai 2025 di Bilik Seminar, Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL), PTSB.
Program ini menghimpunkan 38 peserta, majoritinya kakitangan perpustakaan dari Kedah dan Pulau Pinang. Bengkel dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah PTSB, Hajah Norlili Juwita Arshad, diikuti sesi bergambar bersama para peserta.
 
Slot pertama membincangkan topik International Standard Book Number (ISBN), International Standard Serial Number (ISSN) dan Pengkatalogan dalam Penerbitan (PdP), telah disampaikan oleh Puan Nurul Hazwani binti Rosli, Penolong Pengarah, Pusat Bibliografi Negara, Perpustakaan Negara Malaysia.
 
Slot kedua menyentuh tentang Akta Penyerahan Bahan (Akta 331) yang dikendalikan oleh Puan Mazidah binti Abd Rahman, Penolong Pengarah Kanan, Pusat Penyerahan Terbitan Negara, Perpustakaan Negara Malaysia.
Bengkel ini bukan sahaja memberi pendedahan maklumat terkini secara langsung (first-hand information) malah membuka ruang perbincangan interaktif serta memperkukuh jaringan kerjasama antara pengamal perpustakaan di Zon Utara.
 
Pelaporan:
Hazaini binti Mohd Zainal Abidin
Unit Perpustakaan Al-Khawarizmi (UPK)
 
Foto:
Muhammad bin Abdullah
Unit Perpustakaan Al-Khawarizmi (UPK)