KULIM HI-TECH, 27 Julai 2025 – Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) sedia menggalas amanah dengan kehadiran lebih 700 pelajar baharu yang melapor diri bagi memulakan pengajian untuk Sesi I 2025/2026.
Para pelajar dari pelbagai latar belakang hadir dengan semangat dan harapan baharu, memulakan perjuangan di medan TVET yang mencabar tetapi penuh harapan.
Di sebalik setiap senyuman dan debaran mereka pastinya diiringi doa serta harapan yang menggunung daripada ahli keluarga.
PTSB terus komited menjadi institusi TVET yang bukan sahaja menyediakan ilmu dan kemahiran malah menyokong perkembangan sahsiah dan potensi pelajar secara menyeluruh agar mereka dapat bergraduasi sebagai graduan TVET berkualiti yang berpotensi memenuhi keperluan industri.
Selamat datang buat keluarga baharu PTSB. Mungkin hari ini tampak biasa tapi inilah titik mula untuk sesuatu yang luar biasa buat mereka.
Foto: Aniqah Hanis Noor Hazlan, Unit Komunikasi Korporat (UKK)





