PERTANDINGAN POLYSKILLS BIDANG MEKATRONIK 2017 JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
Pertandingan Polyskills Politeknik Malaysia bagi bidang Mekatronik telah diadakan di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) pada 24 hingga 27 September 2017 yang lalu. PolySkills merupakan suatu jenama yang akan menaungi aktiviti-aktiviti pertandingan kemahiran WorldSkills Malaysia di peringkat Politeknik Malaysia bertujuan untuk mempertingkat kemahiran dan mencungkil bakat rekacipta pelajar dan pensyarah Politeknik Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.
PolySkills juga melambangkan:
- Agenda Politeknik Malaysia untuk melengkapkan dan mempertingkatkan kemahiran pelajar dan pensyarah Politeknik agar menepati keperluan industri melalui standard antarabangsa.
- Kumpulan pegawai, pelajar dan pensyarah di JPP & Politeknik yang terlibat dalam menjayakan aktiviti pertandingan kemahiran WorldSkills Malaysia dalam suatu organisasi yang mantap dan tersusun.
Berikut merupakan butiran aktiviti seperti yang telah dijalankan:
Tarikh : 24 September 2017 - 27 September 2017
Hari : Ahad – Rabu